Kereta, Motosikal Dan Trofi ‘Sold’, Ali Puteh Syukur Berjaya Kumpul RM75k

15 Feb 2024 • 2:01 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Pelawak dan usahawan sambal petai, Ali Puteh mengucapkan syukur kerana akhirnya berjaya mengumpulkan wang berjumlah RM75,000.

Wang RM75,000 dipercayai adalah untuk melunaskan bayaran saman yang diperintahkan mahkamah kerana kalah kes fitnah dengan kakak iparnya, Siti Norhidayah.

“Terima kasih beli barangan saya” – Ali

image is not available

Dalam perkembangan terbaru, pelawak ini mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang mendoakan urusannya dipermudahkan.

Alhamdulilah terima kasih yang membeli barangan saya. Terima kasih mendoakan saya dan keluarga.

Terdahulu, isteri Ali iaitu Melati Fitri mengundang simpati orang ramai apabila dilihat menangis ketika kereta Honda Accord diserahkan kepada pembeli dari Johor Bahru.

@ohmedia Macam-macam usaha Ali Puteh buat demi langsaikan hutang. Semoga segalanya dipermudahkan untuk Ali Kredit : pojie.pidon #aliputeh #hutang #sembangentertainment #ohmedia #as ♬ original sound – Oh! Media

Ali yang berada di samping isteri hanya mampu memeluk dan menenangkannya. Selain kereta, Ali turut menjual motosikal RXZ berwarna merah dan trofi kemenangan ketika menyertai program realiti komedi Maharaja Lawak Mega, Muzikal Lawak Superstar dan Projek Komedi Warna.

Kredit: TikTok Ali Puteh

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.