Kereta Pelancong Malaysia Kena Clamp Di Thailand Gara-Gara Parkir Sesuka Hati Raih Perhatian [Video]

LocalCars
26 Sep 2024 • 3:07 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Kebanyakan individu menjadikan cuti sekolah baru-baru ini sebagai peluang untuk pergi melancong.

Selain daripada destinasi dalam negara, ada sesetengah yang memilih untuk pergi bercuti di negara jiran antaranya seperti Thailand.

Bagi memudahkan pergerakan, ada individu yang memilih untuk membawa kenderaan sendiri dan sudah semestinya peraturan jalan raya di negara itu perlu dipatuhi.

Namun, ada segelintir rakyat Malaysia yang dilihat membawa sikap buruk mereka dengan tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

Letak Kereta Di Persimpangan Lampu Isyarat

Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @dingsiam, kelihatan sebuah kereta Toyota Vellfire warna putih bernombor pendaftaran Malaysia diletakkan betul-betul pada laluan di sebuah persimpangan lampu isyarat.

Tindakan tidak bertanggungjawab pemandu kereta Malaysia itu menyebabkan pihak berkuasa telah mengambil tindakan mengunci (clamp) tayar kenderaan tersebut.

Melalui perkongsian itu, dapat dilihat seorang pegawai berkuasa dilihat sedang mengunci tayar kereta berkenaan.

Situasi itu nyata mengundang perhatian masyarakat di sana sehingga pengguna TikTok yang berasal dari Thailand itu meminta agar rakyat Malaysia menghormati undang-undang yang telah ditetapkan.

“Untuk rakyat Malaysia, negara saya ada undang-undang,” tulis pengguna berkenaan menerusi ruang kapsyen.

@dingsiam

ฝากถึงคนมาเลเซียบ้านผมก็มีกฎหมายนะครับ#ขออนุญาตเจ้าหน้าที่ตํารวจด้วยคับ

♬ original sound – CHAMPZ – CHAMPZ

Pengguna Media Sosial Marah & Kecam Tindakan Pemandu

Video yang telah mendapat lebih 340,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial baik tempatan mahupun Thailand. Malah, ia turut dikongsikan di X.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata mereka mengecam tindakan pemandu terbabit yang dilihat selamba meletakkan keretanya di laluan persimpangan lampu isyarat.

Malah, ada pengguna media sosial dari Malaysia merasakan tindakan pihak berkuasa yang mengunci tayar kereta berkenaan adalah tindakan yang tepat bagi mengajar individu tidak bertanggungjawab itu.

Sekadar info, individu yang melakukan kesalahan meletak atau meninggalkan kenderaan hingga menghalang laluan di Thailand boleh dikenakan denda sebanyak 500 bath atau anggaran sebanyak RM63.19.

Berikut antara komen pengguna media sosial:

“Ini Dekat Malaysia Pun Kaki Park Suka Hati Juga Ni”

image is not available

“Agak-Agak La Depan Lampu Isyarat Kot”

image is not available

“Aduh Aku Trauma Dah, Nasib Bawa Duit Lebih Hari Tu, Melayang 1000 Bath”

image is not available

“Dia Fikir Jalan Petaling Street Tu, Itu Thai Ma”

image is not available

“Mana Boleh Parking Situ, Line Merah Putih Takkan Tak Tahu”

image is not available

“Good Job Polis Thailand, No Compromise”

image is not available

Source: