Tak setimpal! Dah 40 tahun berlakon, Kenji Sawahi tolak tawaran bayar RM300 sehari

LocalEntertainment
26 Sep 2024 • 6:01 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon otai, Kenji Sawahi tolak tawaran berlakon untuk drama dan telefilem baru-baru ini kerana bayaran yang disifatkan tidak setimpal iaitu RM300 sehari.

Ujarnya, bayaran rendah untuk pelakon senior masih lagi berlaku pada masa ini, namun dia mempunyai garis panduan sendiri.

“Baru-baru ini, ada dua projek lakonan saya tolak iaitu drama dan telefilem. Bahkan, satu daripada projek itu sesi penggambaran dramanya masih berjalan sekarang. Cuma, bagi saya agak teruklah ‘offer’ (tawaran) bayarannya.
“Boleh tak, saya dalam bidang ini (lakonan) sudah 40 tahun, tapi ‘offer’ bayaran saya terima masih RM300 sehari. Tak masuk akal walaupun watak untuk saya itu hanya ‘supporting’ (pembantu),”katanya.

image is not available

Kenji Sawahi tolak tawaran

Kenji atau nama sebenarnya, Lim Boon Wah berkata, tawaran yang ditawarkan adalah tidak masuk akal meskipun dipanggil untuk berlakon sebagai ‘cameo’ sahaja.

“Peminat saya masih banyak lagi. Macam ketika saya berlakon drama Dollah Deabak untuk TV3 dulu, orang suka dan ada yang jerit nama saya ketika berjumpa di stesen minyak,” katanya lagi.

image is not available

Lagi berumur lagi berharga

Katanya lagi, peminatnya yang terdiri dalam kalangan penonton dewasa dan masyarakat kampung yang sangat menghargai lakonannya kerana dapat merasai sehingga ke jiwa.

“Cuma, saya dapati bayaran rendah untuk pelakon senior ini terjadi di Malaysia saja. Kalau di negara lain seperti Thailand, Indonesia, Filipina, Taiwan dan Hong Kong, tak payah cakap, lagi berumur lagi berharga.
“Sebab pelakon senior ini ada ‘life experience’. Kita yang lakonannya meletop (mantap) itu boleh tengok mesti pelakon yang ‘life experience’ banyak kerana dia boleh ‘polish’ watak dengan baik,” ujar aktor berusia 61 tahun.

image is not available

Meskipun dia tetap berpegang dengan keputusan dibuat, namun masih sedia berbincang dengan pihak produksi sekiranya skrip yang ditawarkan adalah bagus.

Sumber: Harian Metro (Norhayati Nordin)