“Kereta & Petrol Murah, Kurang Tertekan..” – Kehidupan Yang Diidamkan, Lelaki China Puji Malaysia

13 Mar 2025 • 12:52 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui laporan WOB, seorang warganegara China yang kini sedang melanjutkan pelajaran Sarjana di Malaysia berterus terang bahawa pada mulanya berasa kecewa apabila tinggal di negara ini.

Daripada rasa kecewa berubah jadi cinta

Kekecewaan itu timbul bila melihat keterbelakangan pembangunan, infrastruktur pengangkutan awam yang kurang membangun dan perilaku penjawat awam yang sama sekali tidak efisien.

Namun begitu, setelah beberapa tempoh yang lama tinggal di Malaysia, lelaki terbabit mengakui dirinya semakin selesa dan kekecewaan yang dialami sebelum ini berubah menjadi cinta.

image is not available

Anda boleh membeli rumah dengan harga RM1 juta. Ini sesuatu yang tidak dapat saya bayangkan di China. Kereta dan petrol juga murah di sini, jadi itu menjadikan keadaan jauh kurang tertekan.

Cuti umum banyak, kehidupan yang diimpikan

Dalam pada itu, dia turut mengulas mengenai kadar kerja di sini, di mana ia diringankan dengan cuti umum yang banyak, yang menurutnya banyak menyelamatkan daripada kebimbangan untuk mengambil cuti untuk diri sendiri.

image is not available

Saya boleh balik kerja sekitar 4 petang atau 5 petang setiap hari, dan saya boleh menikmati masa saya sendiri selepas saya selesai kerja. Saya malah boleh pergi ke gim.

Tambahannya lagi, apabila tinggal di Malaysia, dia sudah pun menjumpakan kehidupan impiannya kerana sama sekali tidak rasa tertekan untuk bekerja keras.

image is not available 4 weeks ago

Baru Nak Rakam 'Moment', Pelancong Malaysia Tanpa Sengaja Jadi Hero Selamatkan Lelaki Lemas Ketika Bercuti Di Sri Lanka

View Original Article