Kereta Rosak Anda Masih Di Petak Parkir Sekitar Bengkel? Sedia ‘Ditarik’ MBSA

LocalCars
10 Dec 2025 • 1:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Pasukan penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan mula menggerakkan operasi menunda kenderaan tersadai seawal Januari tahun 2026. Kenderaan yang dijadikan sasaran tundaan ialah kereta pelanggan bengkel yang diletakkan di kawasan parkir awam. Perkara tersebut diumumkan oleh Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Fauzi Mohd Yatim.

Mengapakah Isu Kenderaan Terbiar Ini Perlu Diatasi Segera?

Datuk Mohd Fauzi menjelaskan bahawa isu ini memberi kesan negatif yang kepada bandar raya:

Mengurangkan Petak Parkir: Kenderaan yang tidak dialihkan itu mengurangkan jumlah parkir yang sepatutnya tersedia untuk pengunjung dan pelanggan perniagaan bersebelahan.Mencacatkan Imej Bandar: ‘Fenomena’ kenderaan rosak atau terbiar lama yang diletakkan sembarangan mencacatkan pemandangan dan imej Shah Alam secara keseluruhan.Isu Kehilangan Hasil: Perbuatan tersebut menyebabkan PBT kehilangan hasil yang sepatutnya dikutip daripada caj parkir, dan akhirnya kos tunda mungkin terpaksa ditanggung pembayar cukai jika pemilik asal tidak dikesan.

MBSA menegaskan bahawa kos tunda yang tinggi iaitu sebanyak RM300 bagi kenderaan bertayar dan RM400 bagi tidak bertayar akhirnya mungkin terpaksa dibayar oleh pembayar cukai sekiranya pemilik kenderaan gagal dikesan, justeru kerjasama pemilik dan pihak bengkel amat diperlukan.

MBSA Peroleh 8 Unit EV Proton e.MAS 7 image is not available

Datuk Mohd Fauzi turut mengumumkan bahawa MBSA telah menerima lapan unit kenderaan elektrik (EV) Proton e.MAS 7 sebagai kenderaan rasmi baharu bagi kegunaan jabatan-jabatan utama.

Keputusan pembelian EV tersebut dibuat kerana dilihat dapat membantu mengurangkan kos penyelenggaraan operasi MBSA sehingga 30% setahun berbanding versi enjin pembakaran dalaman (ICE).

Sumber: Sinar Harian