Kereta rosak tepi jalan, pemandu terharu wanita datang hulur juadah berbuka

27 Mar 2024 • 9:12 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
hulur juadah berbuka

Pemandu terharu apabila seorang wanita bermotosikal datang hulur juadah berbuka selepas kereta yang dipandunya tersadai kerana alami kerosakan di tepi jalan.

Tiba-tiba berhenti motor bawa makanan

Menerusi video yang dikongsi pengguna TikTok dikenali sebagai Bestiemonkey, dia terkejut apabila seorang wanita dikenali sebagai Dhia telah menghampiri mereka dan menghulurkan makanan serta minuman bagi berbuka puasa memandangkan hari sudah hampir gelap.

Hulur juadah berbuka sebab tengok kereta tersadai tepi jalan

Menurut Dhia, dia telah melihat pemandu kereta dan kenalannya duduk di tepi jalan dengan keadaan kereta tersadai sebelum pergi membeli dan hulur juadah berbuka buat mereka.

Ujarnya, dia memang berniat membeli makanan untuk pemandu kereta terbabit tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

image is not available

Hulur juadah berbuka, bagi air, beri cenderamata abah balik umrah

Pengguna TikTok yang terharu dengan tindakan wanita berkenaan tidak henti-henti mengucapkan terima kasih kerana tidak sangka ada orang baik yang begitu prihatin walaupun masing-masing tidak mengenali antara satu sama lain.

image is not available

Sebak pula tengok kebaikan macam ni

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata memuji tindakan murni Dhia.

Mereka juga mendoakan agar wanita itu terus dimurahkan rezeki serta dipermudah dalam segala urusan kerana melakukan kebaikkan tanpa perlu kenal antara satu sama lain.

image is not available

Seronok tengok bila dikelilingi orang baik

image is not available

Semoga Dhia & akak pemandu tu dipermudah urusan

image is not available

Nama secantik akhlak

image is not available

Sumber: TikTok Bestiemonkey