Kereta rosak, wanita maut dilanggar lori

10 Jan 2023 • 8:29 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Keadaan kereta yang remuk di bahagian sisi akibat dilanggar lori kontena dalam kejadian di lebuh raya dekat Kuala Kangsar pada Selasa. - Foto Pembaca

image is not available
Mangsa disahkan maut di tempat kejadian. - Foto Pembaca

KUALA KANGSAR - Seorang wanita maut selepas dirempuh sebuah lori ketika menunggu di luar keretanya yang rosak di Kilometer 235.6 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat sini pada Selasa.

Maklumat awal menyebut, dalam kejadian sekitar jam 5.20 pagi itu, mangsa B Karthigayayini maut di tempat kejadian.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan, kejadian melibatkan sebuah kereta Honda Civic dinaiki mangsa bersama dua yang lain serta sebuah lori kontena tanpa muatan.

Menurutnya, kereta berkenaan telah mengalami kerosakan dan berhenti di bahu jalan.

"Lori terbabit telah melanggar bahagian tepi kenderaan itu dan ketika itu mangsa berada di sisi kereta berkenaan.

"Mangsa disahkan maut oleh pegawai perubatan yang hadir sementara dua lagi dalam keadaan selamat," katanya.

Beliau berkata, tiada mangsa tersepit dan operasi tamat pada jam 6.02 pagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved