
Kota Kinabalu: Beberapa video motobot berbentuk kereta sport baru-baru ini tular di media sosial.
Video tersebut dipercayai dirakam di Semporna. Dalam salah satu video, individu yang merakam video itu mendakwa bot itu dibeli dari China untuk tarikan pelancong.
Semakan di Internet mendapati beberapa syarikat berpangkalan di China menjual bot serupa dengan harga antara AS$10,000 (RM47,240) dan AS$69,000 (RM326,000) seunit.
Difahamkan juga, agensi berkaitan sedang meneliti perkara itu dan dalam proses mengesan pemiliknya.
SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Syarikat-syarikat di seluruh dunia telah mengeluarkan kenderaan amfibia sebenar sebelum ini.
Salah satu yang paling menonjol ialah Prodrive Watercar Panther yang bernilai AS$198,000, sebuah kenderaan lasak empat tempat duduk berbumbung lembut yang terapung dan meluncuri ombak.
Kenderaan itu dibuat oleh WaterCar, sebuah syarikat yang diasaskan di California dengan misi membina kereta amfibia terpantas di dunia.
Dengan enjin “Panther Jet” berkuasa V6, Prodrive Watercar Panther boleh mencapai 40 batu sejam (bsj) di laut dan sehingga 80bsj di atas jalan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.



