Kereta Tak Boleh Start Walaupun Bateri Masih Elok, Ini Cara Nak Atasinya

Cars
12 Nov 2025 • 10:08 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Kereta Tak Boleh Start Walaupun Bateri Masih Elok, Ini Cara Nak Atasinya

Kini, kereta boleh dianggap sebagai keperluan asas bagi kebanyakan orang. Sejak kewujudannya, kereta telah banyak mengubah cara manusia bergerak dan menguruskan masa.

Namun begitu, lumrah ciptaan manusia, pasti ada hari di mana kenderaan anda akan meragam tanpa sebab, kan?

Misalnya, kereta tiba-tiba tidak boleh dihidupkan. Apabila situasi itu berlaku, sudah tentu tergendala semua urusan pada hari tersebut dan menambah lagi beban yang sedia ada apabila perlu mengeluarkan wang untuk kos pembaikan.

Pada waktu yang sama, adakala kita menjadi keliru sama ada bahagian bateri atau bahagian komponen lain menjadi punca kereta tidak dapat dihidupkan.

Jadi, SK kali ini ingin kongsikan beberapa cara untuk mengatasi masalah kereta yang tiba-tiba tak boleh start.

Bateri masih elok tetapi kereta tak boleh start

Untuk makluman pembaca, perkongsian ini diambil daripada mekanik menerusi akaun TikTok @Aldee Auto Services.

Menurut mekanik tersebut, jika kereta gagal dihidupkan tetapi lampu bateri masih menyala, puncanya bukan disebabkan oleh bateri, sebaliknya kemungkinan berpunca daripada starter.

Untuk mengenal pasti sama ada starter menjadi punca, mekanik tersebut menyarankan satu cara mudah, iaitu dengan menggunakan sebatang besi.

Langkah pertama ialah membuka bonet hadapan kereta bagi memeriksa kedudukan starter. Kedudukan komponen tersebut mungkin berbeza bergantung pada jenis serta model kenderaan.

“Ada starter yang terletak di bahagian hadapan, dan ada juga di bahagian belakang enjin,” jelasnya.

Menurut @Aldee Auto Services, apabila kedudukan starter sudah dikenalpasti, gunakan batang besi panjang untuk mengetuk bahagian starter secara perlahan-lahan.

“Tapi pastikan jangan ketuk kuat-kuat, ketuk slow-slow sahaja,” tambahnya lagi.

Setelah itu, anda boleh cuba hidupkan enjin semula. Jika kereta berjaya dihidupkan, itu petanda jelas bahawa starter memang mengalami masalah dan perlu diperiksa.

Namun, mekanik tersebut menasihatkan jika kereta masih tidak dapat dihidupkan walaupun selepas mencuba, sebaiknya hubungi perkhidmatan towing atau bawa kenderaan ke bengkel untuk pemeriksaan lanjut.

@aldee.auto.services

Apa nak buat kalau kereta tiba2 tak boleh start tapi battery masih okay?!! #aldeeautoservices #bengkelkeretasungaibuloh #sungaibuloh #bengkelkertakuang #pakaraircondkereta Doakan kami menjadi bengkel kereta terbaik dan pakar aircond kereta terbaik di Kuang dan Sg Sungai Buloh. We will do our best to provide the best car workshop & repair and car aircond specialist in Kuang and Sg Sungai Buloh.

♬ original sound – Aldee Auto Services – Aldee Auto Services

BACA: Ramai Selalu Buat, Mekanik Dedah Bahaya Cas Telefon Terlalu Kerap Dalam Kereta