Kereta terbabas jatuh lereng bukit, tiga wanita selamat

1 Oct 2023 • 9:37 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tercedera.

image is not available
Anggota bomba memberi rawatan awal kepada mangsa yang cedera.

BALIK PULAU - Tiga wanita termasuk seorang warga Indonesia terselamat selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas sebelum terjatuh ke lereng bukit di Jalan Pondok Upeh, di sini pagi Ahad.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima laporan kejadian berkenaan pada jam 10.42 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba Seri Pulau bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, ketika anggota tiba di lokasi mendapati kenderaan jenis Toyota Avanza yang dinaiki mereka terhumban dan ditemui dalam keadaan terbalik di lereng bukit berketinggian 6.1 meter.

"Kemalangan tersebut telah mengakibatkan pemandu kereta bersama dua orang penumpang telah mengalami kecederaan.

"Kesemua mereka berusia antara 20 hingga 30an diberikan rawatan awal sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan untuk dihantar ke hospital," katanya dalam kenyataan di sini, pada Ahad.

Tambahnya, operasi berkenaan tamat sepenuhnya pada jam 11.55 pagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved