Kereta Terbabas Masuk Kawasan Kubur, Rupanya Pemandu Diserang Sawan

18 Jun 2024 • 8:58 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Kejadian berlaku di Kepala Batas, Pulau Pinang petang semalam. – Gambar TikTok

Seorang lelaki diserang sawan ketika memandu, menyebabkan keretanya hilang kawalan lalu merempuh tembok tanah perkuburan di Jalan Kedah, Kepala Batas di Pulau Pinang.

Media melaporkan kejadian berlaku kira-kira jam 2.45 petang semalam, ketika lelaki berusia 37 tahun itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas beraya.

Dia diserang di lampu isyarat di Jalan Kedah sebelum kereta yang dipandunya terbabas ke tanah perkuburan berdekatan. 

Lelaki itu dilaporkan mengalami kesakitan di bahagian rusuk. – Getaran, 18 Jun, 2024

@getaranmy Seorang lelaki diserang sawan ketika memandu, terselamat dan hanya mengalami kesakitan pada bahagian rusuk apabila kenderaannya terbabas ke kawasan perkuburan di Kepala Batas, Pulau Pinang semalam. #GetaranMY #TERKINI #Semasa #isu ♬ Suspenseful and tense orchestra(1318015) - SoLaTiDo

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved