Kereta terbabas rempuh pagar istana

3 Jun 2024 • 3:51 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kereta Toyota Vios dipandu seorang lelaki terbabas sehingga merempuh pagar Istana Besar di Johor Bahru pada Ahad. Foto tular

JOHOR BAHRU- Sebuah kereta Toyota Vios terbabas dan merempuh pagar Istana Besar, dekat sini, pada petang Ahad.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata kejadian itu berlaku kira-kira jam 3 petang.

"Kenderaan terbabit dipandu seorang lelaki tempatan berumur 25 tahun. Lelaki terbabit memandu berseorangan dan terbabas akibat permukaan jalan yang licin.

"Kereta terbabas sendiri tanpa membabitkan kenderaan lain. Pemandu kereta tersebut didapati tidak berada dalam keadaan mabuk dan ujian saringan air kencing juga negatif dadah," katanya ketika dihubungi pada Isnin

Menurut Raub, lelaki itu sudah dibebaskan dengan jaminan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sebelum itu, tular di media sosial keadaan pagar istana yang dirempuh sebuah sebuah kereta Toyota Vios.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved