Kereta Terbabas, Rempuh Pagar Istana Besar

3 Jun 2024 • 8:06 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Keadaan kereta yang merempuh pagar Istana Besar - Gambar TikTok

Seorang pemandu lelaki gagal mengawal kenderaan dan merempuh pagar Istana Besar di Johor susulan keadaan jalan yang licin.

Menurut pihak polis, pemandu kereta Toyota Vios tersebut didapati tidak berada dalam keadaan mabuk dan ujian saringan air kencing juga menunjukkan negatif dadah.

Dia dibebaskan dengan jaminan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Getaran, 3 Jun 2024

@getaranmy Kejadian berlaku pada petang Ahad di Johor Bahru. Seorang lelaki tempatan, 25, dikatakan gagal mengawal kenderaan kerana keadaan jalan yang licin dan telah terbabas melanggar pagar Istana Besar. Lelaki itu dilaporkan tidak mabuk dan ujian saringan air kencing juga didapati negatif. Beliau kemudian dibebaskan dengan jaminan polis. #getaranmy #viral ♬ original sound - Getaran