Kereta Terbakar: Tiada Mangsa, Hanya Pergelangan Tangan Putus Ditemui

23 Jun 2024 • 7:21 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Kereta Terbakar: Tiada Mangsa, Hanya Pergelangan Tangan Putus Ditemui

Sebahagian daripada pergelangan tangan manusia yang telah putus ditemui berhampiran dengan kereta yang terbakar di hadapan Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan pada Ahad.

Pergelangan tangan dipercayai tangan kiri dengan kesan darah itu ditemui di atas jalan raya tanpa sebarang anggota badan yang lain ditemui berhampiran.

Penemuan ini dilaporkan oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Tambun, yang sedang menjalankan operasi pemadaman kebakaran selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 11.16 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tambun, Mohd Jamalludin Mat Yusop, menjelaskan bahawa kebakaran melibatkan sebuah kereta Toyota Vios.

Menurut beliau, nombor pendaftaran kereta tersebut tidak dapat dikenal pasti kerana telah terbakar 95 peratus.

“Terdapat juga sebuah kereta Proton Saga dan Honda Accord di lokasi kejadian yang terbabit dengan pelanggaran.

“Bagaimanapun semua mangsa yang terlibat telah tiada setibanya bomba di tempat kejadian.

“Hanya terdapat pergelangan tangan manusia telah putus di lokasi terbabit,” katanya.

Tambah beliau, operasi pemadaman api berjalan lancar sehingga api padam sepenuhnya pada jam 11.49 pagi, sebelum kes diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Difahamkan, sebelum kejadian kebakaran, dilaporkan bahawa terdapat pergaduhan antara sekumpulan individu, diikuti dengan tindakan membakar kereta yang mengakibatkan kejadian berkenaan.

Sumber: Sinar Harian