Isteri Bunuh Suami Kerana Sakit Hati Hidup Miskin

23 Jun 2024 • 11:54 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Seorang isteri dari daerah Rejang Lebong, di sini telah bertindak kejam dengan membunuh suaminya hanya kerana tidak berpuas hati dia hidup dalam kemiskinan.

Mangsa ditemui maut dengan luka parah di bahagian belakang leher, selepas diserang dengan sebilah parang oleh suspek pada Khamis.

Menurut laporan media tempatan, kejadian bermula apabila berlaku pentengkaran mulut antara mereka berdua, hingga membawa insiden salah menyalah antara satu sama lain.

Sementara polis yang mengesahkan kejadian itu berkata, kejadian pembunuhan dipercayai berlaku pada pukul 6 pagi Khamis, waktu tempatan di sebuah kebun berhampiran dengan rumah mangsa dan pelaku.

"Pelaku adalah isterinya sendiri yang berusia 38 tahun, sementara mangsa yang dikenali sebagai WH berusia 44 tahun.

"Mayat mangsa kemudian kami bawa ke hospital untuk dilakukan bedah siasat," kata Ketua Balai Polis Selupu Rejang, Inspektor Ibnu Sina Alfaraobi.