Kereta Terjejas: Petronas Sudah Hubungi Pelanggan

LocalCars
26 Dec 2025 • 8:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Petronas Dagangan Bhd (PDB) mengesahkan beberapa kenderaan terjejas selepas mengisi minyak di Stesen Petronas Samarahan Expressway di Kota Samarahan, Sarawak semalam.

Syarikat itu berkata stesen tersebut  ditutup sementara bagi siasatan lanjut dan operasi bersambung semula pada hari yang sama.

"PDB ingin memberi jaminan kepada pelanggan kami iaitu stesen Petronas yang lain terus beroperasi seperti biasa dan tidak terjejas.

"PDB juga bertindak dengan menghubungi pelanggan yang terjejas dan mengambil langkah-langkah perlu bagi menyelesaikan perkara ini dengan segera," kata syarikat berkenaan

Sehubungan itu, syarikat itu berkata pihaknya memandang serius berhubung perkara ini serta memohon maaf dengan ikhlas kepada semua pelanggan terhadap sebarang kesulitan yang timbul.