Sejumlah Kenderaan Terjejas Selepas Isi Minyak, Petronas Dagangan Hubungi Pelanggan Terlibat

LocalCars
25 Dec 2025 • 9:47 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Sejumlah Kenderaan Terjejas Selepas Isi Minyak, Petronas Dagangan Hubungi Pelanggan Terlibat

KUALA LUMPUR, 25 Dis (Bernama) — Petronas Dagangan Bhd (PDB) memaklumkan sejumlah kenderaan terjejas selepas mengisi minyak di Stesen Petronas Samarahan Expressway di Kota Samarahan, Sarawak semalam.

Syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini berkata stesen tersebut bagaimanapun ditutup sementara bagi siasatan lanjut dan operasi bersambung semula pada hari yang sama.

“PDB ingin memberi jaminan kepada pelanggan kami iaitu stesen Petronas yang lain terus beroperasi seperti biasa dan tidak terjejas.

“PDB juga bertindak dengan menghubungi pelanggan yang terjejas dan mengambil langkah-langkah perlu bagi menyelesaikan perkara ini dengan segera,” kata syarikat berkenaan.

Syarikat itu berkata pihaknya memandang serius berhubung perkara ini serta memohon maaf dengan ikhlas kepada semua pelanggan terhadap sebarang kesulitan yang timbul. Untuk bantuan segera, sila hubungi Mesralink di talian 1-300-88-8181

Sumber: BERNAMA

The post Sejumlah Kenderaan Terjejas Selepas Isi Minyak, Petronas Dagangan Hubungi Pelanggan Terlibat appeared first on Siakap Keli.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved