Kereta Terjunam Dalam Sungai, Mayat Wanita Ditemui Terapung 

LocalCars
11 Jun 2025 • 3:22 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Kereta Terjunam Dalam Sungai, Mayat Wanita Ditemui Terapung

Seorang wanita yang dilaporkan hanyut bersama kereta dinaikinya ketika menemani suaminya memancing di Sungai Triang akhirnya ditemukan maut lemas, pagi tadi.

Mangsa, Sakirah Akop, 31, ditemui pada jam 8.40 pagi oleh orang awam di kawasan sungai berkenaan, kira-kira 2.5 kilometer dari lokasi kejadian.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Razam Taja Rahim, mangsa ditemukan dalam keadaan terapung berhampiran akar sawit.

“Pasukan bomba telah menyerahkan mayat mangsa kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.” katanya.

Untuk info, operasi mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan seramai 105 anggota.

Sumber: Berita RTM

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved