Wanita Orang Asli cedera, motosikal terbakar dalam kemalangan

8 Jun 2025 • 10:57 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

IPOH: Seorang wanita Orang Asli cedera selepas motosikal yang ditungganinya terbabas sebelum terbakar dalam kemalangan dua kereta di Kilometer 342.0 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, dekat Sungkai, awal pagi tadi.

Mangsa berusia 25 tahun itu mengalami kecederaan ringan, termasuk patah tangan dan luka di beberapa bahagian badan, sebelum dibawa ke Hospital Tapah untuk rawatan lanjut.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.51 pagi dan menggerakkan enam anggota ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan motosikal Yamaha LC yang terbabit kemalangan dengan sebuah Proton Waja dan sebuah Toyota Altis. Motosikal tersebut musnah 80 peratus, dan seorang wanita Orang Asli yang cedera telah dibawa oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati penunggang motosikal dipercayai terbabas sendiri sebelum motosikalnya yang berada di tengah lebuh raya telah diseret, sehingga menyebabkan kebakaran.

Katanya operasi pemadaman mengikut konsep RECEO (menyelamat, pendedahan, penyekatan, pemadaman dan pemeriksaan) dijalankan menggunakan aliran salur bantu mula dan air tangki jentera, sebelum kebakaran dipadam sepenuhnya pada 7.38 pagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved