“Kereta Tu Boleh Masuk Kiri” – Basikal Nyaris Dirempuh Dari Belakang Ketika Langgar Lampu Merah Cetus Perdebatan [Video]

18 May 2026 • 2:59 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: “Kereta Tu Boleh Masuk Kiri” – Basikal Nyaris Dirempuh Dari Belakang Ketika Langgar Lampu Merah Cetus Perdebatan [Video]

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Entah mengapa bila sebut tentang penunggang basikal, ada sahaja kisah kurang enak memaparkan sikap segelintir kumpulan ini.

Manakan tidak, aksi sesetengah daripada mereka antaranya seperti berjalan berkumpulan dilihat boleh mengundang bahaya serta menyusahkan pengguna jalan raya lain.

Malah, ada segelintir daripada kumpulan ini dilihat susah untuk ditegur sedangkan kesalahan itu berpunca daripada mereka sendiri.

Baca Artikel Berkaitan:Penunggang Basikal Selamba Ikut Rapat Belakang ‘Mobile Crane’ Dikecam Ramai [Video]

Penunggang Basikal Berhenti Di Persimpangan Lampu Isyarat

Baru-baru ini, tular di media sosial aksi sekumpulan penunggang basikal yang dipercayai melanggar lampu isyarat merah sebelum nyaris dilanggar dari belakang oleh pemandu kereta yang ingin membelok ke kiri.

Menerusi rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang dikongsikan di kumpulan Facebook, kelihatan empat orang penunggang basikal sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat berhampiran Sanggar Kota, Kota Tinggi, Johor.

Melalui rakaman terbabit, dapat dilihat lorong berkenaan boleh digunakan buat kenderaan yang mahu jalan terus atau membelok ke kiri pada simpang berkenaan.

Image from: “Kereta Tu Boleh Masuk Kiri” – Basikal Nyaris Dirempuh Dari Belakang Ketika Langgar Lampu Merah Cetus Perdebatan [Video]

Malah, terdapat papan tanda yang menyatakan ‘belok kiri jika tiada kenderaan’ turut diletakkan berhampiran lampu isyarat terbabit.

Image from: “Kereta Tu Boleh Masuk Kiri” – Basikal Nyaris Dirempuh Dari Belakang Ketika Langgar Lampu Merah Cetus Perdebatan [Video]

Pemilik Dashcam Mahu Belok Kiri, Nyaris Rempuh Penunggang Basikal Ketika Lampu Isyarat Merah

Apa yang menjadi perhatian adalah dua daripada kumpulan penunggang basikal terbabit dilihat meneruskan perjalanan sebaik tiada kereta masuk ke persimpangan tersebut meskipun lampu isyarat masih merah.

Pemilik dashcam yang berada di belakang mereka kemudiannya bergerak ke hadapan untuk masuk ke simpang kiri.

Namun, tindakan kumpulan basikal berkenaan melanggar lampu isyarat menyebabkan salah seorang daripada mereka nyaris dilanggar oleh pemilik dashcam terbabit.

Keadaan itu menyebabkan pemandu kereta terbabit membunyikan hon terhadap penunggang basikal berkenaan yang mempersoal tindakannya itu.

Penunggang Basikal Marah & Maki Pemandu Kereta

Malah, penunggang basikal terbabit dilihat berang serta menunjukkan isyarat kepada pemandu kereta seolah-olah memberitahu lampu isyarat sedang merah dan dia tidak sepatutnya terus membelok ke kiri walhal jelas kelihatan papan tanda ‘belok kiri jika tiada kenderaan’.

Menerusi rakaman video berasingan, dapat dilihat penunggang basikal itu mengekori kereta berkenaan dan memarahi serta mengeluarkan kata-kata kesat sebelum berpatah balik.

“Basikal tak payah ikut traffic light ke?” tulis pengguna berkenaan.

Berdasarkan butiran pada dashcam, kejadian dipercayai berlaku pada 16 Mei lalu kira-kira jam 9.29 pagi.

Rakaman Dashcam Cetus Perdebatan Dalam Kalangan Warganet

Perkongsian yang turut sohor di platform media sosial lain serta mendapat ratusan ribu tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, masing-masing mempunyai pendapat sendiri mengenai insiden terbabit.

Ada yang memberi sokongan kepada pemandu kereta memandangkan terdapatnya papan tanda ‘belok kiri jika tiada kenderaan’ telah dipaparkan berhampiran lampu isyarat itu.

Namun ada juga yang berpendapat pemandu kereta itu salah kerana dia sepatutnya memastikan keadaan benar-benar selamat sebelum membelok ke kiri jalan.

Kenderaan Boleh Belok Ke Kiri Jika Ada Papan Tanda Meskipun Lampu Masih Merah, Pastikan Suasana Dalam Keadaan Selamat

Tahukah anda, kenderaan boleh terus belok ke kiri jika terdapat papan tanda ‘belok kiri jika tiada kenderaan’ meskipun lampu isyarat berwarna merah?

Perkara itu dinyatakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu hantaran di Facebook.

“Papan tanda tersebut membenarkan pemandu membelok ke kiri ketika lampu isyarat merah, tetapi hanya jika laluan benar-benar selamat.

“Pastikan tiada kenderaan dari arah lain, tiada pejalan kaki yang sedang melintas, dan sentiasa utamakan keselamatan sebelum bergerak. Jika ada kenderaan yang sedang melalui persimpangan atau pejalan kaki yang ingin melintas, anda wajib berhenti,” tulis mereka.

Malah, perkara yang sama turut dinyatakan oleh Perbadanan Putrajaya di Facebook.

“Jika ternampak papan tanda ‘Belok Kiri Jika Tiada Kenderaan atau Pejalan Kaki’, Anda tidak perlu berhenti dan boleh terus memandu ketika lampu merah jika tiada kenderaan di hadapan atau pejalan kaki yang melintas,” tulis mereka.

Ini antara komen menarik pengguna Facebook:

“Pemilik Dashcam Nak Belok Kiri, Basikal Nak Lurus, Ya Memang Lurus Itu Merah, Yang Belok Tu Boleh Je Jika Tiada Kenderaan”

Image from: “Kereta Tu Boleh Masuk Kiri” – Basikal Nyaris Dirempuh Dari Belakang Ketika Langgar Lampu Merah Cetus Perdebatan [Video]

“Pemilik Dashcam Kalau Sabar Sikit 5 Saat Semua Pun Boleh Lepas Dengan Selamat, Basikal Pun Tengah Tunggu Kereta Depan Clear Baru Dia Boleh Jalan, Bukan Suka-Suka Mau Redah”

Image from: “Kereta Tu Boleh Masuk Kiri” – Basikal Nyaris Dirempuh Dari Belakang Ketika Langgar Lampu Merah Cetus Perdebatan [Video]

“Pemilik Dashcam Pun Tak Sabar, Belok Kalau Tiada Halangan”

Image from: “Kereta Tu Boleh Masuk Kiri” – Basikal Nyaris Dirempuh Dari Belakang Ketika Langgar Lampu Merah Cetus Perdebatan [Video]

“Kereta Yang Salah, Laluan Tu Belok Kiri Jika Dah Tak Ada Kenderaan Depan Kau, Maksudnya Kau Kena Queue La, Lepas Lampu Dah Bertukar Hijau Baru Boleh Belok”

Image from: “Kereta Tu Boleh Masuk Kiri” – Basikal Nyaris Dirempuh Dari Belakang Ketika Langgar Lampu Merah Cetus Perdebatan [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Penunggang Basikal Pun Ada Hak Dijalan Raya” – PKBM Mohon Polis Jalankan Siasatan Sewajarnya Terhadap Ancaman

Baca Artikel Berkaitan: Tular Rakaman Penunggang Basikal Dilanggar, Rupanya ‘Driver’ Leka Periksa Aplikasi e-Hailing [Video]

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved