Keriangan bersama McDonald's sempena cuti sekolah

28 Aug 2023 • 11:06 AM MYT
Sinar Bestari
Sinar Bestari

Portal Pilihan Guru-Pelajar-Sekolah serta IPTA/IPTS

image is not available
Pengalaman menyediakan hidangan Happy Meal Chicken Burger antara aktiviti yang disediakan dalam program Cuti@McD sempena cuti sekolah.

Rangkaian restoran perkhidmatan segera, McDonald’s Malaysia (McD) meneruskan keriangan sempena cuti sekolah ini dengan mengadakan program Cuti@McD yang memberikan pengalaman menarik kepada si kecil dan pelajar sekolah.

Pada 2 dan 3 September, si kecil dan pelajar sekolah boleh meluangkan masa pada hujung minggu di restoran McDonald's yang terpilih dengan menyertai aktiviti yang menghiburkan antaranya Kids Burger Workshop, Fashionista Kecil Mekdi dan Warna-Warni Happy Home.

image is not available
Seorang kanak-kanak ceria sambil melihat apa yang diperolehnya semasa aktiviti pusing roda dalam program Cuti@McD.

Dikendalikan oleh Guest Experience Leaders (GEL), aktiviti-aktiviti menarik tersebut dibuka kepada si kecil dan pelajar sekolah pada pukul 9.45 pagi hingga 12 tengah hari terhad kepada 20 individu sahaja dengan yuran penyertaan sebanyak RM35 setiap peserta.

Aktiviti Kids Burger Workshop memberi peluang kepada peserta untuk merasai pengalaman menyediakan hidangan Happy Meal Chicken Burger secara hands-on manakala Fashionista Kecil Mekdi pula adalah aktiviti memperagakan busana tradisional.

image is not available
Kanak-kanak mencuba seni lipatan origami yang diadakan dalam program Cuti@McD.

Sementara itu, Warna-Warni Happy Home adalah aktiviti yang mana si kecil dan pelajar sekolah boleh menunjukkan bakat dengan mewarna kotak Happy Meal mengikut kreativiti masing-masing.

Selain itu, dari tempoh 28 Ogos sehingga 3 September ini, si kecil dan para pelajar turut berpeluang menyertai lain-lain aktiviti yang ceria dalam Cuti@McD di restoran McDonald’s di seluruh negara seperti kraf origami, pertandingan susun cawan, warna-warni Mekdi dan pusing roda.

image is not available
Aktiviti susun cawan turut diadakan dalam program Cuti@McD bersama hadiah menarik.

Bagi aktiviti origami, si kecil dan para pelajar boleh mempelajari seni lipatan kertas yang menyeronokkan manakala aktiviti susun cawan pula, peserta yang berjaya menyusun cawan paling tinggi berpeluang memenangi hadiah menarik.

Selain itu, para peserta juga boleh mempelbagaikan penggunaan warna dalam program warna-warni Mekdi selain berpeluang memenangi pelbagai hadiah lumayan menerusi aktiviti pusing roda.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman sesawang, https://www.mcdonalds.com.my/cuti-at-mcd