“Kering Tak Semestinya Bersih..” – Netizen Persoal Banyak Tandas ‘Mall’ Mula Tiada Bidet

7 May 2025 • 11:08 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seperti diketahui umum, kebanyakan tandas di pusat beli belah kini tidak dilengkapi dengan paip air atau digantikan dengan bidet yang dipasang terus dengan tandas.

Keadaan ini menyebabkan rara-rata masyarakat di Malaysia tidak berpuas hati apabila tandas tidak dilengkapi dengan keperluan asas itu.

image is not available

gambar hiasan

Baru-baru ini, seorang individu telah membuat satu hantaran di Threads, mempersoalkan tentang ketiadaan bidet di tandas.

Sudah banyak mall mula menanggalkan bidet atas alasan toilet akan basah if ada bidet dan perlukan lebih pembersihan.

Namun, dia menjelaskan bahawa tandas yang kering tidak semestinya bersih, lebih-lebih lagi apabila banyak tandas kering dikatakan berbau hancing dan najis yang kuat.

image is not available

gambar hiasan

Toilet kering tu nampak je tak basah tapi kencing kering bersepah. Toilet tanpa bidet lagi banyak kali kena cuci.

 

Kalau najis atau kencing bersepah, kena panggil pekerja untuk cuci. Kalau pekerja tak ada, tak ada siapa boleh guna toilet tu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju bahawa ketiadaan bidet ini menyusahkan lebih-lebih lagi apabila membuang air besar.

image is not available image is not available

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

image is not available 3 weeks ago

Lain Daripada Yang Lain, ST Rosyam Mall Perkenal Pandu Lalu Pertama Di Malaysia - "Function Untuk Mak Yang Bawa Anak Kecil.."