Kerja baiki runtuhan tebing Sungai Kelantan dimulakan

LocalEnvironment
16 Jan 2025 • 6:07 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kerja-kerja pembaikan tebing Sungai Kelantan yang runtuh sudah dilaksanakan.

KOTA BHARU - Kerja-kerja pembaikan tebing Sungai Kelantan yang runtuh berdekatan sebuah pangsapuri dan hotel di Jalan Post Office Lama, di sini sudah dilaksanakan selepas proses kajian tanah secara menyeluruh dilakukan.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan bagaimanapun berkata, tempoh masa siap kerja-kerja pembaikan itu belum dapat dipastikan.

"Saya sudah dimaklumkan oleh Exco (Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Kelantan, Datuk Dr Izani Husin) usaha pembaikan kini sedang dalam proses," katanya.

Tinjauan Sinar Harian pada Khamis mendapati ada jentera berat di kawasan berkenaan dan pembersihan turut dilakukan.

Sebahagian struktur yang jatuh ke sungai juga sudah diangkat manakala lokasi sepanjang runtuhan diletakkan tali amaran keselamatan.

Media sebelum ini melaporkan kerajaan negeri menyifatkan runtuhan berdekatan sebuah pangsapuri dan hotel di Jalan Post Office Lama itu sebagai bencana yang perlu diambil tindakan segera.

Runtuhan sepanjang hampir 50 meter menyebabkan laluan pejalan kaki dan rekreasi turut terjatuh pada ketinggian hampir 10 meter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved