
KUNAK: Pihak kontraktor penyelenggaraan memberi jaminan akan melaksanakan kerja-kerja pembaikan jalan berlubang bermula esok di Kunak - yang melibatkan kerosakan struktur di laluan jalan persekutuan Jalan Kunak - Tawau, bermula esok.
Menteri Kerja Raya, Datuk Shahelmey Yahya berkata pasukan penyelenggaraan (kontraktor) berkenaan memberi jaminan akan melaksanakan kerja-kerja pembaikan jalan berlubang di laluan tersebut bermula Selasa.
Advertisement"Pasukan penyelenggaraan (kontraktor) berjanji akan melaksanakan kerja-kerja pembaikan bermula esok (Selasa) katanya dalam mesej teks kepada Daily Express.
Harian Ekspres telah menghantar maklumat berkaitan lokasi dan gambar keadaan struktur jalanraya itu kepada pihak berkenaan.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Ahli biro Parti Keadilan Rakyat (PKR) Djapri Kudosat pada Isnin menggesa pihak berkuasa dan kontraktor yang dilantik menyelenggara jalan persekutuan di sini supaya mengambil langkah segera membaiki struktur jalanraya yang semakin teruk di laluan KM 5 hingga KM8 Jalan Kunak - Tawau.


