“Kerja dari zaman berniaga booth” – Hafiz Mahamad Hadiahkan Tiket Haji Untuk Pekerja

Entertainment
5 Jun 2024 • 7:37 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Impian bagi setiap umat Islam, pasti ada keinginan mahu menunaikan rukun Islam yang kelima iaitu mengerjakan haji di tanah suci Makkah.

Hari ini, tular di media sosial tentang kemurahan hati seorang pengasas produk kecantikan, Hafiz Mahamad yang menaja salah seorang pekerjanya untuk menunaikan haji pada tahun ini.

Dah bekerja 7 tahun

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, Hafiz pada asalnya pernah berjumpa dengan pekerja itu pada bulan Februari lalu dan dia menawarkan tajaan tersebut. Difahamkan, pekerja lelaki tersebut sudah bekerja dengan Hafiz selama tujuh tahun.

Saya simpan video ni sebab tak tahu visa haji boleh lulus atau tak. Abang ni kerja dengan saya dari zaman saya berniaga booth lagi. Sekarang dia lah yang uruskan stok..

Pada mulanya, Hafiz tidak mahu meletakkan harapan kepada pekerja tersebut kerana takut syarat-syarat untuk menunaikan haji tidak lepas. Tetapi, dia percaya dan yakin dengan rezeki Allah.

Saya tanya abang pasal pasport kerana tahun ni abang akan bergerak ke haji bersama dengan saya dan Aina (isteri). Kita usahakan, saya terpaksa bagi tahu benda ni awal sebab nak uruskan benda ni lama.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

Bakal bertolak minggu hadapan

Setelah berita baik itu disampaikan, pekerja tersebut terus menangis kerana terkejut dan tidak menyangka dengan rezeki sebegitu.

Dia kata tak daftar haji lagi.. kos haji mahal… Tak payah (risau) kita semua swasta. Takyah kisah bab tu (kewangan).

Rezeki pekerja itu, urusannya untuk menunaikan haji pada tahun ini tercapai setelah visa hajinya telah lulus dan dia akan bertolak ke tanah suci pada 12 Jun nanti.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen terharu melihat momen indah dalam video tersebut.

image is not available

Alhamdulillah.. rezeki abang tu

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.