Kerja lebih berkualiti, Selangor bakal tambah jentera tampal jalan

14 Jan 2025 • 12:55 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 14 JAN: Selangor bakal menambah satu lagi jentera Jetpatcher kepada InfraSel Sdn Bhd bagi memastikan tampalan jalan raya rosak di negeri ini tahan lebih lama.

EXCO Infrastruktur Dato’ Ir Izham Hashim berkata ketahanan tampalan jalan juga lebih berkualiti kerana teknologi bancuhannya kuat dan panas, berbanding kaedah sebelum ini.

“Selain tahan lama, tampalan dapat dilakukan dalam tempoh singkat berikutan mesin dari United Kingdom ini mempercepat proses tiga kali ganda,” katanya ketika dihubungi.

Pada September tahun lalu, Selangor menerima Jetpatcher pertama bernilai RM1 juta untuk melaksanakan kerja-kerja membaiki kerosakan jalan raya di negeri ini.

Mesin berkenaan digunakan bermula sekitar Kuala Selangor, diikuti daerah lain mengikut keutamaan.

Dalam pada itu, Ir Izham berkata Kerajaan Negeri juga akan membeli sebuah jentera Termalpatcher, khusus untuk turapan di kawasan sempit, yang sukar dilalui lori.

Belanjawan Negeri 2025 memperuntuk RM50 juta bagi Projek Turapan Mega untuk mengatasi isu kerosakan jalan raya yang memberi risiko kepada keselamatan dan keselesaan pengguna.

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved