Isu banjir kilat Kampung Tradisi Sungai Choh dalam perhatian

LocalPolitics
25 Dec 2024 • 1:47 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Keadaan banjir kilat yang didakwa berlaku di persimpangan jalan di Kampung Tradisi Sungai Choh baru-baru ini. (Gambar kecil: Muhammad Muhaimin Harith)

HULU SELANGOR - Isu banjir kilat yang berlaku di persimpangan jalan di Kampung Tradisi Sungai Choh di sini bakal diatasi selepas permasalahan itu mendapat perhatian pihak berkuasa tempatan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali, Muhammad Muhaimin Harith Abdullah Sani berkata, perkara itu sudah berada dalam perhatian pihak Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS).

"Pihak Majlis dalam tindakan untuk mengenal pasti punca dan mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Terdahulu, tular satu video banjir kilat yang dipercayai berlaku di simpang jalan di Kampung Tradisi Sungai Choh dan menjadi perdebatan netizen di laman Facebook myhuluselangor pada Isnin.

Rata-ratanya menyalahkan wakil rakyat dan ahli Parlimen di kawasan berkenaan yang disifatkan tidak mengendahkan rakyat dan didakwa hanya muncul ketika tempoh pilihan raya semakin dekat.

Ada juga yang menyalahkan kepesatan pembangunan yang didakwa dilaksanakan secara tidak terkawal sehingga menyumbang kepada berlakunya banjir kilat di kawasan berkenaan.

Mengulas lanjut, Muhammad Muhaimin berkata, pihaknya masih menunggu laporan penuh mengenai kejadian itu daripada pihak MPHS dan tindakan susulan dijangka dapat dilaksanakan selepas itu.

"Saya akan maklumkan (semula) apa tindakan yang telah diambil MPHS bagi mengatasi masalah ini," ujarnya lagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved