Kerja pemulihan terumbu karang di pulau diteruskan

26 Jul 2024 • 4:03 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Noor Zafira Zayn

Kota Kinabalu: Usaha berterusan dalam memastikan kelangsungan hidupan terumbu karang khasnya di kawasan pulau Taman-Taman Sabah akan diteruskan, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar.

Datuk Christina Liew berkata langkah itu diambil berikutan perubahan cuaca akibat perubahan iklim dan suhu laut.

“Disebabkan perubahan klimaks, suhu laut meningkat dan kesan daripada masalah ini terumbu karang kita mengalami pemutihan (coral bleaching).

“Ini sekali gus menjejaskan biodiversiti kita dan eko pelancongan turut terjejas.

SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more “Kita telah kenalpasti punca dan masalah yang menjadi faktor pendorong kepada berlakunya tekanan terhadap ekosistem asal hidupan dan laut adalah aktiviti pelancongan laut yang berlebihan, misalnya aktiviti selam dan snorkeling yang tidak terkawal,” katanya.

Ucapannya disampaikan oleh Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah, Peter Lintar sempena Majlis Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Taman Tunku Abdul Rahman atau Pulau Manukan, di sini Khamis.

Menurut Christina lagi, usaha untuk memastikan tekanan terhadap ekosistem laut dapat dikawal difokuskan dan dilaksanakan dengan menghadkan aktiviti serta kemasukan pelancong yang datang ke kawasan tersebut setiap hari.

“Untuk kita bantu terumbu karang kita pulih dan tidak mengalami pemutihan lebih cepat, kita hadkan aktiviti termasuk menutup bahagian pulau yang mana kita lakukan kerja-kerja pembaikan dan pemulihan,” katanya.

Christina berkata Taman Tunku Abdul Rahman mempunyai 32 tapak selam dan menyeru aagensi-agensi berkaitan untuk meluaskan lagi cabang usaha dan kerja-kerja berkaitan pemeliharaan dan pemuliharaan terumbu karang yang terancam akibat daripada perubahan klimaks semasa.

“Langkah yang boleh semua agensi berkaitan ambil adalah adakan program pemulihan semula untuk terumbu karang kita yang mengalami pemutihan dan usaha ini adalah usaha berterusan yang mesti dijalankan secara konsisten,” katanya.

Dalam pada itu, penyelidik terumbu karang, Elvin Micheal turut membentang dapatan kajian beliau berkenaan pemantauan yang dijalankan di sekitar pulau khasnya yang melibatkan terumbu karang dan ekosistem lautan.

“Kita mula-mula sudah kesan berlaku pemutihan terumbu karang ini lebih kurang tempoh 10 tahun dan hal yang sama juga berlaku dengan Semporna dan pulau ini.

“Insidenyang kita kenalpasti melalui kajian dan pemantauan kita di seluruh kawasan pulau meliputi 32 kawasan selam adalah, masalah pemutihan terumbu karang ini berlaku disebabkan faktor utama yang terbesar, iaitu peningkatan suhu permukaan laut,” katanya lagi.

Elvin juga berkata usaha untuk mengenalpasti dan memantau masalah pemutihan terumbu karang turut dilakukan oleh pihak dan agensi lain, termasuk agensi bukan kerajaan pada paras kedalaman laut 3 meter sehingga 17 meter.

“Semakin dalam paras kedalaman air, semakin kurang masalah pemutihan terumbu karang dan ini sejajar dengan faktor utama berlakunya pemutihan terumbu karang, iaitu perubahan suhu permukaan air laut.

“Jabatan Meteorologi meramalkan bahawa akan berlaku perubahan suhu kerana hujan dan kita sangat berharap ini adalah berita baik kepada usaha kita untuk menyelamatkan terumbu karang.

“Kita berharap, suhu permukaan air dapat menurun dan stabil, sekaligus pemutihan terumbu karang dapat diatasi,” katanya lagi.

Hadir sama Pengarah Taman-Taman Sabah, Dr. Maklarim Lakim.

Maklarim berkata pihaknya mengalu-alukan penyelidik dari dalam dan luar untuk membuat kajian dan bekerjasama dalam usaha untuk menyelamatkan terumbu karang serta ekosistem lautan di semua pulau Taman-Taman Sabah.

“Seperti sekarang, ramai penyelidik daripada pelbagai institusi datang menjalankan kajian di sini dan kita juga ada pasukan penyelidik yang memang bertugas sepenuh masa untuk kerja penyelidikan,” katanya.

Untuk rekod, Taman-Taman Sabah menghadkan kemasukan dan pengusaha pelancongan kepada 500 orang untuk satu-satu masa bagi tujuan menjaga habitat serta ekosistem lautan dan pulau.

Hal tersebut juga antara inisiatif pihak Taman-Taman Sabah untuk memastikan keadaan dan keselamatan pengunjung di pulau-pulaunya terjamin serta berada dalam kawalan.

“Tujuan kita adalah untuk mengelakkan berlakunya tekanan kepada terumbu karang dan hidupan laut, selain faktor keselamatan pengunjung kerana petugas-petugas kita seperti pengawal pantai mempunyai limitasi jumlah.

Kita juga ingin kurangkan risiko atau kadar kemalangan semasa pengunjung melakukan aktiviti air di kawasan pulau ini,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.