Kerja pengorekan berhampiran paip gas dipantau rapi, ikut SOP keselamatan

11 Jun 2026 • 9:30 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Kerja pengorekan berhampiran paip gas dipantau rapi, ikut SOP keselamatan

SHAH ALAM, 11 JUN: Kerja pengorekan dan pemasangan paip air berhampiran laluan paip gas di Putra Bistari ydilaksanakan mengikut tatacara operasi piawai (SOP) ditetapkan bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Kemuning, S Preakas berkata kerja pengorekan yang bermula sejak 2 Jun lalu mengikut syarat permit yang diluluskan serta prosedur keselamatan ditetapkan Jabatan Kerja Raya (JKR), selain dipantau rapi agensi berkaitan.

"Kawasan kerja akan dipasang penghadang keselamatan, papan tanda amaran dan kawalan trafik yang bersesuaian seperti ditetapkan pihak KUSEL (Koridor Utiliti Selangor).

"Pemantauan berkala juga akan dijalankan bagi memastikan keselamatan penduduk serta pengguna jalan raya sentiasa terjamin sepanjang tempoh pelaksanaan kerja," katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Beliau berkata demikian selepas meninjau lokasi projek bersama wakil JKR, GAS Malaysia, KUSEL serta wakil penduduk.

Tambah beliau, permit kerja bagi pemasangan paip yang merentasi laluan paip GAS Malaysia telah dipohon dan diluluskan, manakala pegawai syarikat utiliti itu turut ditempatkan di lokasi bagi memantau proses pemasangan sehingga kerja selesai sepenuhnya.

Menurutnya, projek bernilai RM1.5 juta itu dijangka siap pada 26 Jun ini, tertakluk kepada keadaan cuaca dan situasi semasa di tapak.

Pada masa sama, beliau menegaskan aspek keselamatan penduduk akan terus diberi perhatian, selain perkembangan projek dipantau dari semasa ke semasa bagi memastikan setiap isu yang dibangkitkan mendapat tindakan sewajarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved