Kerja selenggara di SOGT dijadual semula 5–11 Ogos

LocalBusiness & Finance
1 Aug 2025 • 2:48 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

Kota Kinabalu: Kerja penyelenggaraan berse-padu di Terminal Minyak & Gas Sabah (SOGT) di Kimanis, yang asalnya dijadualkan dari 1 hingga 7 Ogos, dijadual semula kepada 5 hingga 11 Ogos.

Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS), Datuk Ir Abdul Nasser Abdul Wahid berkata keputusan penjadualan semula ini dipersetujui dalam mesyuarat bersama antara ECoS, Petronas Carigali Sdn Bhd dan Pengendali Sistem Grid pada Rabu.

Katanya, penjadualan semula itu bertujuan memberi ruang menyiapkan kerja pembaikan unit-unit yang rosak milik Sabah Electricity dan Penjana Kuasa Bebas (IPP), ujian kebolehpercayaan operasi IPP di Kimanis menggunakan bahan api diesel, serta penyiapan kapasiti tambahan Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri (BESS) sebanyak 40MW.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Penjadualan semula ini mampu mengurangkan kesan penjadualan bekalan elektrik kepada pengguna di Sabah sekiranya ia perlu dilaksanakan demi kestabilan rangkaian grid Sabah,” katanya.

Menurut Abdul Nasser, kerja penyelenggaraan bersepadu di SOGT bersama aset luar pesisir adalah keperluan mandatori bagi pembaharuan Sijil Kelayakan (CF) oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) untuk memastikan aset yang terlibat sentiasa beroperasi mengikut piawaian keselamatan yang ditetapkan.

Katanya, sepanjang tempoh penyelenggaraan ini, bekalan gas akan dihentikan kepada dua loji penjanaan kuasa bebas iaitu Loji Jana Kuasa Kimanis dan SPR Energy yang akan beroperasi menggunakan bahan api diesel.

“Selain itu, kerja penyambungan saluran paip gas bagi projek loji janakuasa baharu berkapasiti 100MW yang sedang dibangunkan oleh Sabah Electricity di Kimanis juga akan dilaksanakan, dan hanya boleh dilakukan semasa tempoh gangguan bekalan gas ini.”

Beliau berkata, dengan siapnya projek tersebut pada suku ketiga 2025 serta inisiatif peningkatan penjanaan lain, jidar simpanan penjanaan Grid Sabah akan meningkat daripada 17 peratus kini kepada 30 peratus.

Untuk rekod, jidar simpanan pada 2023 adalah kurang daripada 10 peratus. Peningkatan jidar ini sangat penting untuk menambah daya tahan Grid Sabah sekiranya berlaku kerosakan kepada beberapa loji penjanaan.

Abdul Nasser turut menegaskan bahawa selain usaha meningkatkan kapasiti penjanaan (bahagian bekalan), pengguna elektrik juga boleh memainkan peranan dari aspek permintaan (bahagian beban).

“Kaedah paling mudah ialah menggunakan elektrik secara cekap tenaga dan menangguhkan penggunaan tinggi selepas waktu puncak, iaitu selepas jam 9 malam.”

Terdahulu, dilaporkan bahawa operasi penjadualan bekalan (load shedding) akan dilaksanakan di Sabah dan Labuan dari 1 hingga 7 Ogos susulan kerja penyelenggaraan berjadual di SOGT Kimanis yang dijangka menjejaskan lebih 600,000 isi rumah.

Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Datuk Mohd Yaakob Jaafar sebelum ini dilaporkan berkata kerja penyelenggaraan oleh Petronas akan menjejaskan lebih 200,000 akaun pengguna domestik di Sabah dan Labuan.

Menurutnya, proses tersebut akan menimbulkan ketidakselesaan kepada pengguna di kedua-dua wilayah, khususnya semasa waktu puncak antara jam 10 pagi hingga 10 malam, di mana setiap kawasan akan mengalami gangguan bekalan antara satu hingga dua jam secara bergilir-gilir.

“Kerja-kerja penyelenggaraan aset luar pesisir dan darat akan menyebabkan gangguan bekalan gas ke dua loji penjana kuasa bebas (IPP) di Kimanis,” katanya.

Dua IPP yang terlibat ialah loji janakuasa Kimanis dan SPR Energy, mengakibatkan kehilangan 195 megawatt tenaga dalam sistem grid Sabah sepanjang tempoh tujuh hari itu.

Beliau menambah bahawa pada perbincangan awal bersama Petronas dan ECoS awal tahun ini, tidak dijangka berlaku gangguan bekalan kuasa.

“Namun, berdasarkan maklumat yang diterima pada Selasa (29 Julai), didapati loji-loji janakuasa tersebut tidak dapat beroperasi menggunakan bahan api alternatif,” katanya.

Orang ramai disaran merujuk kepada laman Facebook rasmi syarikat serta aplikasi mudah alih Sabah Electricity untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan jadual penjadualan bekalan, termasuk masa, tarikh dan kawasan yang terlibat.