Libatkan generasi muda, NAFAS anjur eSukan dengan hadiah lumayan di HPPNK 2025

LocalGaming
29 Jul 2025 • 8:44 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) terus memperkukuh komitmen menyokong inisiatif Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menerusi penyertaan dalam Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2025 yang akan berlangsung dari 1 hingga 3 Ogos di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu.

Penglibatan NAFAS dalam acara yang menfokuskan 4 perkara

Acara berprestij edisi ke-50 ini dijangka menarik lebih 500,000 pengunjung dengan empat fokus utama: Agro Millenia, Cukup dan Terjamin, Sejahtera Madani dan Jualan Agro Madani.

image is not available

NAFAS tampil penglibatan generasi muda

Sebagai antara penaja utama, NAFAS menampilkan penglibatan menyeluruh generasi muda, pembangunan industri dan pengukuhan kerjasama strategik.

Antara tumpuan kali ini ialah kolaborasi bersama NEKMAT dalam penganjuran eSukan Siri 2 di Segmen Agro Millenia.

“Sebanyak 32 pasukan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) akan berentap bagi merebut hadiah terkumpul keseluruhan bernilai RM10,000,” menurut kenyataan.

image is not available

Pertandingan eSukan & kehadiran pempengaruh dari eSukan

Turut memeriahkan suasana ialah sesi meet & greet bersama pempengaruh e-sukan seperti Ikuto, Kuro Sensei dan Sunfrost.

Aktiviti sampingan seperti permainan Kahoot, mesin arked, konsol PS5 dan pengalaman VR juga menanti pengunjung.

image is not available

Dalam pada masa yang sama, NAFAS juga mengetengahkan rantaian industri padi di Pavilion HPPNK, termasuk pameran maklumat teknikal dan kaunter Dana Peladang Kebangsaan bagi pelaburan pertanian.

Selain itu, pameran jentera CASE turut dipamerkan untuk dedahkan peladang kepada teknologi moden.

Dua syarikat subsidiari NAFAS, iaitu NAFAS Bajakimia Sdn. Bhd. dan NAFAS Agri Services Sdn. Bhd. akan menawarkan khidmat nasihat serta produk pertanian jenama Peladang kepada orang ramai.

Aktiviti yang menawarkan hadiah menarik

Menambah kemeriahan, pengunjung berpeluang menang hadiah menarik melalui peraduan “Jawab dan Menang” serta Cabutan Bertuah dengan ganjaran termasuk motosikal, PS5, syiling emas wafer dan skuter elektrik.

image is not available

Susulan daripada itu, kehadiran NAFAS dalam HPPNK 2025 ini sekali gus membuktikan komitmen membawa kemajuan sektor agromakanan ke seluruh negara, termasuk Sabah mampu menjadikan pertanian sebagai agenda inklusif untuk semua.