
Kota Kinabalu: Pertukaran dan kerjasama antara China dan Sabah dalam pelbagai bidang telah mencapai kemajuan besar sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Konsul Jeneral China Huang Shifang berkata Sabah adalah titik penting di sepanjang Laluan Sutera Maritim Abad ke-21.
Beliau berkata pemandangan yang indah, sumber yang kaya, masyarakat yang harmoni dan stabil di Sabah menyediakan asas yang baik dan prospek luas untuk kerjasama praktikal dengan China.


