Kerjasama Dengan Park Seo-Joon, Ribuan Peminat Sambut Seruan #JomMinumMilo

26 Feb 2023 • 2:13 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Kolaborasi Dengan Park Seo-Joon, Ribuan Peminat Sambut Seruan #JomMinumMilo

Pelakon dari Korea Selatan, Park Seo-Joon dikatakan telah berkerjasama dengan jenama minuman kegemaran rakyat tempatan, Milo. Wah, betul ke?

Satu acara istimewa telah diadakan di Sunway Pyramid bagi merealisasikan kerjasama itu dan melancarkan satu seruan kepada rakyat #JomMinumMilo.

Jiwai tenaga Milo

image is not available

Menurut Pegawai Eksekutif Perniagaan Ng Su Yen, Park Seo-Joon telah dipilih sebagai Sahabat Milo bagi menyuntik nafas terhadap varian stik pek Milo terbaharu.

Kami ingin menonjolkan tenaga Sahabat Milo Park Seo-Joon kepada rakyat Malaysia serta menunjukkan bagaimana varian Milo kegemaran beliau memenuhi keperluan gaya hidup aktifnya. – Ng Su Yen

Ribuan peminat hadir ke acara tersebut bagi mengambil peluang memberi sokongan penuh terhadap pelakon drama Itaewon Class itu.

image is not available

Dalam pada masa yang sama, Park Seo-Joon turut berkongsi keterujaannya ketika disambut dengan meriah oleh peminat memandangkan ini merupakan kali pertama dirinya menjejakkan kaki ke Malaysia.

image is not available

Sebelum ini saya pernah mendengar bahawa Milo merupakan jenama kegemaran seluruh rakyat Malaysia. Setelah merasai sendiri kekuatan tenaga semua yang hadir pada hari ini, tidak syak lagi rakyat Malaysia benar-benar menggemari Milo. – Park Seo-Joon

Apa-apapun, semalam kami dapat minum air Milo dari lori. Pergh, memang terlepas kerinduan zaman sekolah dahulu.

Kredit: Milo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media