Kerjasama Esscom-masyarakat jamin keselamatan pantai timur Sabah

LocalPolitics
17 Aug 2025 • 4:06 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Azmie Lim

LAHAD DATU: Peranan mahupun kerjasama antara masyarakat setempat dan pasukan keselamatan khususnya Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dilihat penting dalam mengekalkan keselamatan serta keamanan kawasan pantai timur Sabah.

Komander Esscom DCP Datuk Victor Sanjos berkata kerjasama erat antara semua pihak menyumbang kepada kestabilan kawasan ini sekali gus mewujudkan persekitaran selamat yang memberi manfaat kepada sektor pelancongan dan pertumbuhan ekonomi di kawasan ini.

Victor berkata masyarakat adalah mata, telinga dan lidah kerajaan yang sentiasa bersama dengan pasukan keselamatan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Kawasan ini tidak hanya kaya dengan keindahan alam. Oleh itu ia harus dinikmati sendiri dan bukan hanya melalui media sosial.

“Awal mungkin orang luar ini datang sebagai pelancong namun mungkin selepas itu mereka kembali semula sebagai pelabur,” katanya ketika ditemui pada Pelancaran Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2025 peringkat Daerah Lahad Datu di Dataran Esscom.

Bercakap mengenai KMJG 2025 Victor menzahirkan rasa bangga dan berbesar hati dengan pemilihan Dataran Esscom sebagai lokasi persinggahan konvoi KMJG.

Beliau berharap program seumpama itu mampu menyemarakkan lagi semangat cintakan negara bersempena sambutan Hari Kebangsaan.