Kerjasama ibu bapa, guru penting demi kecemerlangan murid

13 Feb 2024 • 2:33 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SANDAKAN: Pendidikan amat penting kerana ia memacu pembangunan bangsa dan negara.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan, berkata, dasar pendidikan yang dibawakan kerajaan juga antara lain membantu anak-anak untuk mendapat pembelajaran terbaik bermula dari peringkat sekolah sehingga ke peringkat tertinggi.

“Dalam masa sama, kerjasama ibu bapa dan guru dalam memastikan pembelajaran anak-anak sentiasa berada pada tahap terbaik, juga amat penting.

“Semoga kerjasama ini dapat dilaksanakan sepanjang masa untuk kecemerlangan anak-anak kita yang akan menjadi pemimpin masa hadapan,” tambahnya.

SPONSORED CONTENT Mengalum for world’s first net ­zero carbon island resort Taiwan’s Sinyi Group is on track to unveil the world’s first unique net zero carbon island resort on Mengalum Island. . Read more Beliau yang juga Ahli Parlimen Batu Sapi berkata demikian ketika merasmikan Majlis Graduasi Tahun 6 SRK Sung Siew di Ballroom, Sabah Hotel, di sini, baru-baru ini.

Teks ucapan beliau disampaikan p;ej Ketua Bahagian Parti Gabungan Rakyat Sabah Sekong, Saparuddin Abu.

Hadir sama, wakil Lembaga Pengelola Sekolah-Sekolah Sung Siew, Kwok Chee Yen serta Guru Besar SRK Sung Siew, Chin Shoon Yuen.

Seramai 144 murid tahun enam sekolah itu diraikan pada majlis berkenaan.

Majlis graduasi tersebut meraikan murid tahun 6 yang bakal meninggalkan sekolah rendah bagi meneruskan pendidikan di sekolah menengah.

Jelas Khairul, majlis ini juga menggambarkan betapa prihatin pihak sekolah dan ibu bapa menerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) terhadap budaya pendidikan yang mementingkan pengiktirafan kepada murid melalui pelbagai aktiviti sekolah.

“Acuan gagasan pendidikan ini yang seharusnya menjadi amalan dan budaya, bukan sahaja kepada warga SRK Sung Siew, malah kepada semua sekolah di negeri dan negara ini kerana ia juga mampu membawa keharmonian dan kesejahteraan rakyat dan negara.

“Inilah semangat dan kesungguhan yang perlu ada pada setiap anggota masyarakat, terutamanya ibu bapa, kerana ini akan menjadi penentu kepada kejayaan pendidikan dan masa depan anak-anak kita,” ujarnya.

Terdahulu, Kwok dalam ucapannya berkata, tamatnya pengajian di tahun 6 tidak bermakna berakhirnya untuk menuntut ilmu.

“Sebenarnya ini baru satu permulaan sebuah impian harapan dan kehidupan baru untuk anda semua,” katanya.

Chin, sementara itu, merakamkan penghargaan kepada ahli-ahli Lembaga Pengelola sekolah, warga PIBG, ibu bapa, semua guru dan kakitangan sokongan sekolah kerana tidak jemu membantu dari segi material dan sokongan moral hingga mampu merealisasi majlis graduasi itu.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.