Pencapaian ekonomi GRS lebih baik dari Warisan

17 Aug 2023 • 4:57 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

LAPORAN Ketua Perangkawan mengenai pencapaian ekonomi Sabah membuktikan ekonomi negeri berada di landasan yang betul, kata Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) itu berkata ia juga menunjukkan Kerajaan Parti Gagasan Rakyat Sabah lebih berjaya dalam meningkatkan ekonomi Sabah berbanding kerajaan Warisan sebelum ini.

Beliau juga percaya inilah sebab kenapa pemimpin Parti Warisan mempertikaikan laporan yang mengatakan 73.4 peratus daripada nilai eksport Sabah pada 2022 adalah daripada minyak mentah, minyak sawit dan gas LNG, tidak seperti nilai eksport Sarawak yang mencatatkan perdagangan dalam industri pembuatan bernilai lebih separuh daripada jumlah nilai eksport Sabah.

“Hakikatnya pemimpin Warisan cuba mengelirukan rakyat dengan menyembunyikan fakta bahawa keluaran industri pembuatan Sarawak sebenarnya adalah daripada kilang pembuatan di sana yang telah beroperasi selama beberapa dekad.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more “Pemimpin Warisan sengaja membutakan diri mereka sendiri dengan menafikan kejayaan Kerajaan GRS dalam menambah baik ekonomi negeri biarpun baru dua setengah tahun memerintah,” katanya dalam satu kenyataan pada 7 Ogos.

Nizam yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri berkata kejayaan Kerajaan GRS mewujudkan industri pembuatan seperti kilang pembuatan kerajang tembaga (industri hiliran) oleh SK Nexilis – kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Korea Selatan yang dijangka memulakan pengeluaran tahun depan – adalah komitmen Kerajaan untuk mewujudkan industri hiliran yang mencipta peluang pekerjaan bagi rakyat Sabah.

“Selain itu, kilang pemprosesan pasir silika Kibing Group di Sikuati, Kudat telah mencipta ribuan peluang pekerjaan, selain limpahan aktiviti ekonomi melalui pewujudan vendor perniagaan.

“Apabila keluaran hiliran ini beroperasi sepenuhnya, maka barangan itu akan dieksport, dan nilainya akan direkodkan dalam nilai dagangan negeri pada masa akan datang,” katanya, menambah ini berbanding kerajaan Warisan sebelum ini selama 27 bulan (lebih dua tahun) yang gagal mentransformasi ekonomi.

“Tidakkah pemimpin Warisan ingat bahawa pertumbuhan ekonomi Sabah menguncup kepada negatif (-) 9.5 peratus pada 2020, yang kemudiannya diwarisi oleh Kerajaan GRS, sedangkan apabila Warisan mengambil alih tampuk pemerintahan Kerajaan Negeri pada 2018, ia mewarisi pertumbuhan ekonomi melebihi 8 peratus daripada kerajaan terdahulu.”

Nizam mengakui nilai eksport Sabah pada 2022 berjumlah RM77.2 bilion dan lebih 70 peratus datang daripada minyak mentah, minyak sawit dan gas LNG, tetapi pada masa akan datang, nisbah itu akan berubah apabila nilai eksport daripada kilang pembuatan tersebut mula mengeluarkan produk, dan seterusnya, nilai dagangan Sabah bukan lagi RM118.1 bilion tetapi akan berganda.

“Mendirikan kilang berasaskan pembuatan tidak sama dengan menanam jagung, tiga bulan boleh dituai...kilang perindustrian mengambil masa.

“Sabah dalam mewujudkan kilang pembuatan, mempunyai keutamaan tersendiri, iaitu keutamaan dari segi kelebihan perbandingan. Atas sebab itu, sejak Kerajaan GRS mengambil alih Kerajaan Negeri pada September 2020, ia telah memilih industri yang mempunyai kelebihan perbandingan, kerana dengan pendekatan sedemikian ia tidak perlu bersaing dengan pengeluar sama dan juga boleh mewujudkan keberkesanan kos.

“Pemimpin Warisan perlu menerima hakikat bahawa setiap Negeri mempunyai strategi dan keutamaan tersendiri dalam menguruskan ekonominya.

Sabah menjadikan pelancongan, pertanian dan perindustrian sebagai ‘industri matahari terbit’ atau industri masa hadapan. Sememangnya, jika dilihat daripada nilai eksport, sektor pelancongan tidak direkodkan sebagai nilai eksport, tetapi kutipan hasil Negeri.

“Dalam mempelbagaikan aktiviti ekonomi termasuk penyediaan pekerjaan melibatkan seramai mungkin orang di Sabah, Kerajaan Sabah memeterai perjanjian kerjasama dengan Petronas berkaitan industri hiliran, selain kerjasama dengan syarikat asing atau pelabur asing berkaitan tenaga boleh diperbaharui atau tenaga hijau.

“Pembabitan Sabah dalam pewujudan industri hiliran berkaitan minyak dan gas di Terminal Minyak & Gas Sabah (SOGT) Sipitang, di samping industri berkaitan minyak sawit di POIC Lahad Datu, merupakan sebahagian daripada strategi pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) untuk mewujudkan sebanyak mungkin peluang pekerjaan, selain penglibatan seberapa ramai orang dalam sektor tersebut.

“Kerajaan Sabah melalui rancangan pembangunan Hala Tuju SMJ berada di landasan yang betul. Ini bukan saja untuk menjawab perkara dibangkitkan pemimpin Warisan berhubung peluang pekerjaan, penglibatan rakyat dan juga sumbangan kepada nilai eksport Sabah, tetapi Kerajaan GRS mempunyai matlamat jelas dalam mewujudkan rakyat sejahtera dan negeri maju,” tegasnya.

Bernama melaporkan pada 31 Julai bahawa jumlah perdagangan Sabah mencatatkan pertumbuhan tertinggi sebanyak 35.4 peratus kepada RM118.1 bilion pada 2022 berbanding RM87.2 bilion pada tahun sebelumnya.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata eksport Sabah mengekalkan pertumbuhan positif dua digit, meningkat sebanyak 38.6 peratus kepada RM77.2 bilion berbanding 2021.

Seiring dengan pertumbuhan eksport, import Sabah juga mencatatkan peningkatan sebanyak 29.6 peratus daripada RM31.6 bilion kepada RM40.9 bilion pada 2022 dengan lebihan dagangan berjumlah RM36.2 bilion, iaitu peningkatan 50.4 peratus, katanya dalam satu kenyataan mengenai Statistik Perdagangan Luar Negeri Sabah 2022.

“Penyumbang utama eksport ialah petroleum mentah bernilai RM30.3 bilion, minyak sawit (RM21.1 bilion) dan gas asli cecair (RM5.2 bilion),” katanya.

Mohd Uzir berkata, jumlah import itu disokong oleh jentera dan kelengkapan pengangkutan berjumlah RM12.4 bilion, produk makanan (RM6.4 bilion) dan produk kilang (RM5.3 bilion).

Menurutnya, lima rakan kongsi utama yang menyumbang sehingga 67.1 peratus kepada jumlah perdagangan luar Sabah ialah Semenanjung Malaysia dengan 42.4 peratus, China (10.4 peratus), India (5.5 peratus), Kesatuan Eropah (4.7 peratus) dan Republik Korea (4.2 peratus).

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.