Kerjasama kukuh ASEAN-IMF penting bagi daya tahan serantau – PM Singapura

WorldBusiness & Finance
8 Oct 2026 • 6:56 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kerjasama kukuh ASEAN-IMF penting bagi daya tahan serantau – PM Singapura

SINGAPURA: Kerjasama kukuh antara negara ASEAN dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) penting dalam membantu rantau ini kekal terbuka, berdaya tahan dan berpandangan ke hadapan, kata Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong.

Beliau berkata perkara itu antara yang dibincangkan bersama Pengarah Urusan IMF Kristalina Georgieva semasa lawatannya ke Singapura menjelang Mesyuarat Tahunan IMF-Bank Dunia di Bangkok dari 12 hingga 18 Oktober.

Wong berkata beliau dan Georgieva bertukar-tukar pandangan mengenai tinjauan ekonomi global serta cabaran yang dihadapi ekonomi dalam persekitaran yang semakin tidak menentu.

“Secara khusus, kami membincangkan bagaimana negara boleh memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dan teknologi baharu muncul yang lain untuk meningkatkan produktiviti, mewujudkan peluang bagi perniagaan dan pekerja serta menyokong pertumbuhan mampan.

“Kami turut membincangkan perkembangan serantau dan keutamaan Singapura ketika kami membuat persediaan untuk mempengerusikan ASEAN pada 2027,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.

Perdana Menteri itu menekankan bahawa Singapura mempunyai hubungan kerjasama yang telah lama terjalin dengan IMF.

“Saya berharap dapat meneruskan kerjasama erat kita dalam menyokong sistem monetari dan kewangan antarabangsa yang stabil,” katanya. – BERNAMA

The post Kerjasama kukuh ASEAN-IMF penting bagi daya tahan serantau – PM Singapura appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved