Kerjasama Oppo Dan Tourism Malaysia Bawa Dimensi Pelancongan Ke Era Baharu

8 Oct 2026 • 4:01 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kerjasama Oppo Dan Tourism Malaysia Bawa Dimensi Pelancongan Ke Era Baharu

Malaysia memiliki keunikan tersendiri sebagai sebuah negara berbilang kaum. Di bawah satu bumbung, masyarakat hidup harmoni sambil memelihara seni, budaya dan warisan yang menjadi identiti bangsa.

Sehubungan itu, Oppo Malaysia telah menandatangani Memorandum of Collaboration (MoC) bersama Tourism Malaysia bagi melanjutkan kempen Rediscovering Malaysia Through the Lens. Usaha ini menegaskan komitmen Oppo dalam meraikan keindahan Malaysia melalui teknologi kamera mudah alih yang canggih.

Image from: Kerjasama Oppo Dan Tourism Malaysia Bawa Dimensi Pelancongan Ke Era Baharu

Pada tahun 2024, kempen #OppoMalaysiaThroughTheLens telah dilancarkan bersama penerbit Coffee Table Book yang menampilkan lima seni tradisional Malaysia termasuk Wayang Kulit dan tarian Ngajat. Inisiatif ini berjaya memperkenalkan warisan budaya negara kepada khalayak global. Kini, kempen tersebut diperluaskan dengan memberi fokus kepada penemuan destinasi baharu di seluruh negara, sekali gus membuka perspektif segar dalam usaha memperkenalkan Malaysia kepada dunia

Image from: Kerjasama Oppo Dan Tourism Malaysia Bawa Dimensi Pelancongan Ke Era Baharu

Kerjasama ini turut menekankan penggunaan fotografi mudah alih melalui siri Oppo Find X10 yang bakal dilancarkan. Peranti tersebut dilengkapi dengan kamera canggih dan diyakini mampu merakam keindahan alam semula jadi Malaysia dengan lebih jelas serta berkualiti tinggi. Inisiatif ini diharap dapat meningkatkan usaha mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan dengan memanfaatkan teknologi moden serta kreativiti anak tempatan.

Image from: Kerjasama Oppo Dan Tourism Malaysia Bawa Dimensi Pelancongan Ke Era Baharu

Menurut Oppo, inisiatif ini bertujuan meningkatkan imej Malaysia sebagai destinasi pelancongan sambil menunjukkan keupayaan telefon pintar sebagai medium promosi negara. Oppo berbesar hati diberi kepercayaan sebagai rakan fotografi mudah alih rasmi bagi kempen Visit Malaysia 2026–2027. Melalui kerjasama ini, Oppo akan melancarkan siri mercu baharu Find X10 pada 22 Oktober 2026 serta memperkenalkan Oppo Studio Masterclass bagi membantu orang ramai memanfaatkan teknologi kamera mudah alih.

Image from: Kerjasama Oppo Dan Tourism Malaysia Bawa Dimensi Pelancongan Ke Era Baharu

Sementara itu, Tourism Malaysia menegaskan bahawa kerjasama ini selari dengan strategi penggunaan teknologi moden bagi menarik minat pelancong dalam dan luar negara. Gabungan teknologi canggih dengan kreativiti anak tempatan diyakini mampu membuka peluang baharu untuk memperkenalkan Malaysia di peringkat global. Malaysia kini mencatatkan momentum positif dengan 8 juta pelawat antarabangsa direkodkan dari Januari hingga Ogos 2026, di mana meningkat sebanyak 1.8% berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya

Dengan sokongan OPPO dan rangkaian digitalnya, inisiatif ini dijangka menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama pilihan pelancong menjelang kempen Visit Malaysia 2026–2027.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved