Kerjasama persatuan etnik perkasa orang asal Sabah, Sarawak

9 Sep 2023 • 3:10 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Kerjasama pelbagai persatuan etnik Bumiputera Sabah dan Sarawak akan dapat memperkasakan lagi aspek sosial, ekonomi dan budaya masyarakat orang asal di kedua-dua negeri itu.

Presiden Persatuan Kebajikan Prihatin Pribumi Sabah (PRIBUMI), Mangku Buhavan Remzie Kisi @ Remy berkata, perpaduan atau kerjasama dalam kalangan anggota masyarakat ini melalui persatuan berdaftar amat penting.

Ini, katanya, supaya misi dan visi semua persatuan masyarakat Orang Asal dapat dicapai dengan jayanya, seterusnya memelihara semua anggota masyarakat untuk terus relevan pada masa hadapan.