Kerjasama politik ikut keperluan setempat – Azalina

LocalPolitics
4 Aug 2026 • 7:12 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kerjasama politik ikut keperluan setempat  – Azalina

PUTRAJAYA: Kerjasama politik yang dibentuk di setiap negeri dibuat berdasarkan keadaan setempat dan kepemimpinan parti politik masing-ma­sing.

Ekoran itu, ia tidak menjejaskan asas pembentukan Kerajaan Perpaduan di pe­ringkat Persekutuan kerana kedua-duanya berlandaskan konteks dan keperluan politik yang berbeza.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, kerjasama politik di peringkat negeri tidak boleh disamakan dengan pentadbiran peringkat Persekutuan kerana kedua-duanya mempunyai landskap politik yang berbeza.

Katanya, setiap negeri mempunyai Perlembagaan, kepemimpinan serta pendekatan politik tersendiri.

“Saya melihat negeri dengan Pusat berlainan. Sebab setiap negeri itu ada perlembagaan negeri sendiri, ada kepemimpinan negeri sendiri dan kemudian ada Duli Yang Maha Mulia Sultan atau Raja mereka sendiri.

“Jadi pada saya, negeri itu agak berlainan daripada pusat untuk kita samakan,” katanya selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) di sini, semalam.

Beliau mengulas kenya­taan bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi yang meminta Perikatan Nasional (PN) memutuskan hubungan dengan Barisan Nasional (BN) susulan kerjasama BN dan Pakatan Harapan (PH) di Melaka.

Azalina berkata, kepemimpinan parti sebelum ini telah jelaskan kerjasama politik di peringkat pusat berbeza dengan pembentukan kerajaan di peringkat negeri.

“Itu pandangan beliau (Puad). Beliau pula sudah keluar daripada parti, mungkin pandangannya lebih keras atas alasan tersendiri. Tetapi bagi pihak kami, kita melihat di Johor kita pergi secara solo, di Negeri Sembilan kita bekerjasama.

“Mungkin di Melaka pula kita tidak pasti lagi bagaimana pembentukannya, tetapi kalau kita lihat di Sabah, kita pergi bersama PH secara tidak langsung. Jadi setiap negeri itu pembentukannya berlainan, (berdasarkan) keputusan parti politik sendiri,” katanya. – UTUSAN

The post Kerjasama politik ikut keperluan setempat – Azalina appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved