Pekebun berusia 33 tahun yang ditahan reman bagi membantu siasatan kes dua beradik maut selepas termakan keropok beracun di kebunnya, dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Azizul Mohd Khairi berkata, tempoh reman juga tidak akan disambung dan pihaknya kini menunggu keputusan Timbalan Pendakwa Raya.
Media sebelum ini melaporkan dua beradik iaitu Muammad Akil Syauqi, 3, dan adiknya, Muhammad uth Syauqi, 2, meninggal dunia selepas termakan keropok mengandungi racun tikus dalam kejadian di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, Kulim pada 7 Julai lalu.
Akil dilaporkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik, Hospital Pulau Pinang, manakala adiknya meninggal dunia dua hari kemudian.
Pekebun yang tidak didedahkan identiti itu berkata, keropok beracun itu diikat dengan ketat dan digantung pada tempat yang tinggi bagi tujuan menghalau monyet liar yang selalu mengganggu tanamannya.
Namun, tidak mengetahui bagaimana dua beradik berkenaan boleh mendapatkan keropok tersebut.
Sumber: Astro Awani
The post Keropok beracun: Pekebun dibebaskan dengan jaminan polis appeared first on The Reporter.

