Pekebun Letak Racun Dalam Keropok Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

18 Jul 2024 • 12:06 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang lelaki berusia 33 tahun yang direman bagi membantu siasatan berhubung kejadian dua beradik maut akibat termakan keropok mengandungi racun kini telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Mohd Azizul Mohd Khairi berkata, suspek seorang yang merupakan seorang pekebun itu, direman sejak 11 Julai sehingga semalam.

image is not available

“Tempoh reman tidak akan disambung dan suspek dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu keputusan Timbalan Pendakwa Raya.

“Kertas siasatan sudah lengkap dan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini,dilaporkan bahawa dua beradik iaitu Muhammad Akil Syauqi Nur Sufyan, 3, dan adiknya Muhammad Luth Syauqi, 2, meninggal dunia selepas termakan keropok yang mengandungi racun tikus.

image is not available

Dalam kejadian 7 Julai di kawasan kebun di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, Kedah itu, kanak-kanak tersebut dipercayai mengambil peket keropok yang digantung pada dawai besi pagar kebun oleh pemilik kebun bagi memerangkap monyet.

image is not available

Muhammad Akil Syauqi dilaporkan meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang (HPP) 10 Julai, manakala Muhammad Luth Syauqi meninggal dunia dua hari kemudian di hospital sama.

Jenazah dua beradik itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggol Berangan, Baling.

Siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta 611 berkaitan pengabaian terhadap kanak-kanak dan Seksyen 284 Kanun Keseksaan.

Sumber : Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.