
BEAUFORT: Ibu bapa, guru dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) kini mampu menarik nafas lega apabila kekhuatiran mereka sejak setahun lalu ekoran kerosakan teruk bumbung di salah satu bangunan sekolah itu, akhirnya mendapat perhatian kerajaan.
Ia susulan lawatan oleh Exco Pendidikan Sabah, Datuk Ariffin Arif bersama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) ke sekolah berkenaan untuk meninjau tahap kerosakan sekaligus mencari jalan penyelesaian drastik bagi menangani masalah yang tular di media sosial dan media arus perdana sebelum ini.
Ariffin yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, hasil tinjauannya bersama Pengarah JPNS, Datuk Raisin Saidin, pihaknya mendapati tindakan segera perlu dilaksanakan khususnya melibatkan penyelenggaraan bumbung di bangunan itu membabitkan kos kira-kira RM500,000.
“Datuk Pengarah (Raisin) akan membuka permohonan peruntukan segera kepada Kementerian Ekonomi (MOE) esok (Rabu) dan kita minta agar penyelenggaraan dilaksanakan dengan segera sebaik saja ada peruntukan membabitkan kos kira-kira RM500,000.
SPONSORED CONTENT Hajiji says positive economic achievements prove Sabah govt’s commitment Kota Kinabalu: Chief Minister, Datuk Seri Hajiji Noor, emphasised that the positive economic achievements over the past three years underscore the Sabah government’s steadfast commitment to both the administration and development of the state. Read more “Insha Allah, kerja-kerja penyelenggaraan ini akan dilaksanakan tahun ini juga sebaik peruntukan disalurkan,” katanya ketika ditemui selepas melakukan tinjauan terhadap masalah berkenaan di SMK Gadong, di sini, Selasa.
Tular di media sosial kekhuatiran ibu bapa SMK Gadong ekoran salah satu bangunan dua tingkat yang menempatkan kelas Tingkatan Enam dan sebahagian Bilik Guru yang terjejas ekoran kerosakan bumbungnya yang serius akibat diterbangkan angin kencang sebelum ini.
Situasi yang berlaku sejak setahun lalu itu menyebabkan siling dan dinding di beberapa kelas dan Bilik Guru mereput akibat terkena air setiap kali hujan hingga terpaksa dikosongkan dan lebih membimbangkan bilik suis utama elekrik di tingkat bawah bangunan itu turut terdedah hingga membahayakan pelajar serta guru jika berlaku hujan.
Sementara itu, Raisin ketika ditanya mengenai peruntukan yang telah disalurkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk daerah Beaufort sebelum ini hingga masalah SMK Gadong terlepas pandang, beliau berkata, semua peruntukan itu telah dibelanjakan untuk menyelenggara sekolah-sekolah rendah daif di daerah itu.
Katanya, hasil peruntukan KPM itu, semua projek penyelenggaraan terbabit kini berjalan lancar namun pihaknya kini akan memberikan tumpuan terhadap pembaikan bumbung SMK Gadong agar ruangan yang terjejas dapat dimanfaatkan semula sekaligus memenuhi keperluan pelajar dan guru di sekolah tersebut.
“Semua peruntukan KPM ini telah dimanfaatkan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Beaufort danprojek-projek tersebut telah berjalan lancar dan ada yang telah siap (manakala) untuk SMK Gadong ini, seperti yang telah dinyatakan tadi, kamidi JPNS akan kemukakan (permohonan) kepada Kementerian Ekonomi.
“Ia bagi memaklumkan bahawa satu jumlah peruntukan (perlu) diturunkan untuk tujuan penyelenggaraan bumbung bangunan ini dan kita dapati bahawa secara keseluruhannya, bangunan ini masih kukuh (kecuali bumbung),” katanya.
Sementara itu, Ariffin berkata, sebanyak 237 buah sekolah daif berskala 6 dan 7 telah dikenal pasti di Sabah setakat ini dan daripada jumlah itu, 43 buah sudah siap dibina, sekali gus memberi manfaat kepada pelajar di kawasan terbabit.
Katanya, manakala sebanyak 89 buah sekolah lagi kini dalam kerja-kerja pembinaan dan komitmen itu akan diteruskan untuk membantu sekolah-sekolah terbabit dan pada masa sama bekerjasama dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) untukmemastikan bangunan-bangunan khususnyaskala 6 dan 7 dapat dibantu.
“Kita dari semasa ke semasa akan bekerjasama dengan JKR untuk kenal pasti danmemastikan bangunan-bangunan ini khususnyaskala 6 dan 7 dapat kita bantu selesaikan sekurang-kurangnya kita dapat naikkan lagi ke skala 5,” katanya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
