Tiada Lagi Sekolah Daif Di Sabah Menjelang 2029, Kini Dalam Proses Baik Pulih

12 Jun 2024 • 5:11 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

RM630.77 juta diperuntuk untuk baik pulih tandas sekolah

Tiada Lagi Sekolah Daif Di Sabah Menjelang 2029, Kini Dalam Proses Baik Pulih. Pelajar di Sabah kini boleh menarik nafas lega kerana tandas sekolah mereka telah pun dinaik taraf dengan keadaan yang lebih bersih dan selesa.

Sebelum ini, mereka terpaksa menghadapi tandas yang kotor, paip pecah, pintu rosak, dan bau yang tidak menyenangkan.

image is not available

Tiada Lagi Sekolah Daif Di Sabah Menjelang 2029, Kini Dalam Proses Baik Pulih

Baru-baru ini, BERNAMA berpeluang melihat sendiri tandas baru di tiga sekolah iaitu Sekolah Menengah Maktab Sabah, Sekolah Kebangsaan (SK) Inanam Dua, dan SK Simpang di Tenom. Tandas-tandas baru ini menampilkan jubin berwarna cerah, pencahayaan yang baik, serta hiasan seperti gambar berbingkai, tanaman hiasan, dan penyegar udara.

Projek ini adalah sebahagian daripada program yang bermula pada Julai tahun lepas dengan peruntukan RM630.77 juta oleh kerajaan persekutuan. Ia bertujuan untuk membaiki tandas di 8,354 sekolah di seluruh negara setelah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyuarakan kebimbangan mengenai keadaan tandas sekolah yang kebanyakannya kotor dan rosak.

image is not available

Pengarah JPNS, Datuk Raisin Saidin, menyatakan bahawa kejayaan projek ini boleh menjadi penanda aras untuk program membaik pulih sekolah daif di Sabah. JPNS berhasrat untuk mencapai matlamat sifar sekolah daif menjelang 2029 dengan mempercepatkan pelaksanaan dan penyiapan kerja-kerja pembaikan mengikut jadual.

Sabah mempunyai lebih daripada 1,200 sekolah, dengan sebahagiannya dalam keadaan baik, manakala yang lain memerlukan penyelenggaraan atau telah dikategorikan sebagai daif. Datuk Raisin juga menyebut JPNS bekerjasama rapat dengan Kementerian Pendidikan, Kementerian Ekonomi, serta kerajaan negeri Sabah untuk mempercepatkan proses permohonan dan pelaksanaan projek pembaikan sekolah daif.

Baca juga artikel berkaitan di bawah: