Kertas siasatan babitkan lori JIM dirujuk ke AGC esok

19 Aug 2026 • 9:22 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Kertas siasatan babitkan lori JIM dirujuk ke AGC esok
Kertas siasatan kemalangan membabitkan lori JIM Kuala Lumpur yang mengorbankan tiga sekeluarga dan seorang lagi cedera awal pagi tadi, akan dirujuk ke AGC esok.

KUALA LUMPUR - Kertas siasatan kemalangan membabitkan lori Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur yang mengorbankan tiga sekeluarga dan seorang lagi cedera awal pagi tadi, akan dirujuk ke Jabatan Peguam Negara (AGC) esok.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, keputusan itu dibuat selepas perbincangan bersama Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN) Kuala Lumpur.

"Kertas siasatan dirujuk ke Ketua Unit Bahagian Jenayah Am dan Ketenteraman Awam, Jabatan Peguam Negara dan akan dibawa oleh pengarah pendakwaan dan pegawai penyiasat bagi tujuan sebarang pertuduhan,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Mohd Zamzuri berkata, pihaknya memperoleh perintah reman sehari bagi pemandu lori berkenaan dan pemandu kereta Proton Saga yang terlibat dalam kemalangan tersebut, dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved