KUALA LUMPUR - Kertas siasatan kemalangan membabitkan lori Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur yang mengorbankan tiga sekeluarga dan seorang lagi cedera awal pagi tadi, akan dirujuk ke Jabatan Peguam Negara (AGC) esok.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, keputusan itu dibuat selepas perbincangan bersama Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN) Kuala Lumpur.
"Kertas siasatan dirujuk ke Ketua Unit Bahagian Jenayah Am dan Ketenteraman Awam, Jabatan Peguam Negara dan akan dibawa oleh pengarah pendakwaan dan pegawai penyiasat bagi tujuan sebarang pertuduhan,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Mohd Zamzuri berkata, pihaknya memperoleh perintah reman sehari bagi pemandu lori berkenaan dan pemandu kereta Proton Saga yang terlibat dalam kemalangan tersebut, dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
ARTIKEL BERKAITAN: Tiga sekeluarga maut dilanggar lori imigresen






