“Kertas siasatan dibuka Seksyen 302” – Cermin Kereta Dipukul, Penyamun Maut Dilanggar Mangsa

Entertainment
20 Mar 2024 • 12:13 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang lelaki yang ketakutan ketika cuba disamun tiga perompak, nekad memecut kenderaan untuk melarikan diri sebelum terlanggar seorang daripada mereka sehingga maut.

Menurut laporan, kejadian samun berlaku di hadapan sebuah farmasi di Kuala Kedah sekitar jam 6.39 pagi. Mangsa yang berada dalam kereta tiba-tiba didatangi tiga lelaki menaiki dua motosikal untuk merompaknya.

“Salah seorang suspek telah memukul cermin kereta mangsa di bahagian hadapan menggunakan sebatang objek sehingga pecah. Akibat ketakutan mangsa terus memecut keretanya.”

“Semasa cuba melepaskan diri, mangsa telah melanggar salah sebuah motosikal suspek yang cuba menghalang di bahagian hadapan,” kata Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir.

image is not available

Suspek berusia 29 tahun itu telah meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua lagi rakannya telah melarikan diri.

Polis kini sedang mengesan suspek yang melarikan diri sedang giat dijalankan untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Susulan kejadian ini, dua kertas siasatan dibuka serentak iaitu Seksyen 302 Kanun Keseksaan ke atas mangsa dan Seksyen 393 Kanun Keseksaan ke atas dua orang suspek yang masih bebas.

Sumber: Buletin TV3

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.