Kerugian bersih Lotte Chemical Titan naik 72% kepada RM232.4 juta bagi 1QFY26 akibat kos tinggi projek LINE

LocalBusiness & Finance
7 May 2026 • 5:10 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Kerugian bersih Lotte Chemical Titan naik 72% kepada RM232.4 juta bagi 1QFY26 akibat kos tinggi projek LINE Image from: Kerugian bersih Lotte Chemical Titan naik 72% kepada RM232.4 juta bagi 1QFY26 akibat kos tinggi projek LINE amree07/05/2026 - 17:10 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 7 MeiLotte Chemical Titan Holding Berhad mencatatkan peningkatan 72% dalam kerugian bersih kumpulan kepada RM232.4 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2026 (1QFY26).


Menurut makluman syarikat petrokimia tersebut kepada Bursa Malaysia, jumlah berkenaan melonjak berbanding kerugian hanya kira-kira RM134.8 juta pada tempoh sama tahun kewangan sebelumnya. 


Keadaan ini disebabkan oleh susut nilai lebih tinggi serta kos faedah berkaitan projek Lotte Indonesia New Ethylene (LINE), dan perkongsian kerugian daripada syarikat bersekutu, Lotte Chemical USA Corp.


"Kumpulan namun melaporkan kenaikan hasil sebanyak 70% kepada RM2.53 bilion dalam suku tersebut berbanding RM1.49 bilion bagi 1QFY25, didorong sumbangan komersial daripada projek LINE," katanya.


Pertumbuhan projek yang bermula sejak Oktober 2025, namun diimbangi sebahagiannya oleh penyusutan nilai dolar Amerika Syarikat (AS) berbanding ringgit serta harga purata produk yang lebih rendah.


Dari aspek operasi, Lotte Chemical Titan menunjukkan pemulihan hasil sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) kepada RM150.2 juta berbanding kerugian RM37.7 juta pada tahun lalu.


Sementara itu ujar kumpulan berkenaan, kadar penggunaan loji secara purata yang berjaya direkodkan oleh syarikat tersebut sudah pun mencecah sebanyak 61% sepanjang tempoh tiga bulan tinjauan itu.


"Mengulas mengenai prospek masa depan, kumpulan menjangkakan persekitaran perniagaan global akan kekal mencabar dan terus tidak menentu ekoran lebihan bekalan dalam pasaran serantau," tambahnya.


Lotte Chemical Titan berkata, situasi itu terutamanya dari China, di samping ketegangan di Timur Tengah yang menjejaskan laluan perkapalan turut menyumbang ketidakstabilan harga bahan mentah.


Perkembangan semasa berkenaan ujarnya, meningkatkan lagi kos pengangkutan, dan sebagai langkah proaktif, pengurusan syarikat terus memberi tumpuan kepada pengurusan kos yang lebih berdisiplin.


Kumpulan itu juga menyelaraskan kadar operasi dengan permintaan pasaran, dan memantau perkembangan perdagangan global bagi memastikan kelangsungan perniagaan sehingga keadaan pasaran pulih.


"Secara keseluruhan, kumpulan ini menyasarkan panduan kadar operasi tahunan bagi tahun kewangan 2026 adalah daripada sekitar 60% hingga 65%," jelas Lotte Chemical Titan. - DagangNews.com

Terkini standard
View Original Article