Kes Anak Gajah M*ti Dilanggar: Pemandu Lori Tampil Mohon Maaf, Cerita Kronologi Kejadian

Entertainment
15 May 2025 • 11:41 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Siapa yang tidak sedih dengan insiden tragis seekor anak gajah mati selepas dilanggar dengan sebuah lori di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli, pada Ahad lalu.

Dalam kejadian ini, segelintir pihak menyalahkan pemandu lori terbabit walaupun laporan polis memaklumkan tiada sebarang kecuaian berlaku dalam kemalangan tersebut.

Polis menyatakan faktor kawasan berkabus dan sekitar laluan tiada pencahayaan lampu jalan menjadi punca kemalangan itu berlaku.

Pemandu lori minta maaf & kongsi kronologi kejadian

Susulan kejadian itu, seorang TikToker yang dikenali sebagai Kakak Raptor yang juga pencinta haiwan memaklumkan telah menerima DM daripada pemandu lori terbabit.

Sebelum ini, Kakak Raptor ada mengulas kejadian itu dan video tersebut telah mengubah tanggapan buruk segelintar pihak terhadap pemandu lori terbabit.

Disebabkan video Kakak Raptor itu, pemandu lori terbabit menjelaskan kepadanya mengenai situasi sebenar pada waktu kejadian.

Menurut pemandu lori, ketika kejadian jam 2 pagi itu, dia sedang mengambil alih tugas memandu dari rakannya dan melalui kawasan berbukit yang berkabus.

Jelasnya, selepas melalui satu selekoh, dia sudah nampak seekor gajah di sebelah kanan jalan sedang memakan rumput.

Ketika itu, dia sudah memperlahankan kenderaannya dan mengambil langkah berjaga-jaga sambil memerhati tindakan gajah terbabit.

“Saya dah nampak seekor gajah besar di kanan jalan. Saya dah perlahan dan turunkan lampu tinggi. Gajah tu nampak tenang.”

image is not available

Namun, situasi berubah sekelip mata apabila seekor anak gajah tiba-tiba meluru keluar dari kiri jalan, mengejutkan pemandu itu dan menyebabkan pelanggaran berlaku.

Menurut pemandu lori berkenaan, dia cuba memusingkan stereng ke kanan untuk mengelak tetapi jarak terlalu dekat sehingga menyebabkan anak gajah itu terlanggar. Disebabkan pelanggaran itu, lori mengalami pelbagai kerosakan termasuk masalah brek dan gear.

image is not available image is not available

Dia dan juga rakannya berasa tidak tenteram dan bingung kerana kejadian ini pertama kali berlaku sepanjang bertugas sebagai pemandu lori.

Pemandu lori itu juga meluahkan rasa kesal dan memohon maaf atas kejadian yang tidak disengajakan itu.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.