Kes B*nuh Ibu Letak Dalam Peti Sejuk Beku, Suspek Didakwa Ingin Wanita Itu ‘Masuk Syurga’

Entertainment
13 Nov 2024 • 11:03 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam, tular sebuah kes di mana mayat seorang wanita berusia 80-an ditemui dalam peti sejuk beku dipercayai dibunuh oleh anaknya yang telah menyimpan mayat itu sejak tahun 2021.

Terbaru, terdapat sumber yang berkata suspek membunuh ibu kandungnya itu kerana ada perselisihan faham tentang agama.

image is not available

Dalam kejadian yang berlaku di sebuah rumah di Taman OUG, Jalan Klang Lama itu, suspek difahamkan berbuat demikian kerana mahu ibunya itu ‘masuk syurga’.

Menurut laporan Harian Metro, sumber berkata suspek dipercayai menumbuk wanita warga emas itu sehingga mati sebelum mayatnya dibalut dengan tuala dan kain kemudian disumbat dalam peti sejuk beku.

“Suspek mendakwa membunuh ibunya pada Mac 2021 sebelum menyembunyikan mayat wanita itu dalam peti sejuk beku.

Selepas lebih tiga tahun, mayat mangsa ditemui selepas kediaman suspek diperiksa sepasukan polis yang menerima laporan perkara itu pada 9 pagi tadi.

Suspek mendakwa menghadapi masalah kewangan apabila kehabisan wang simpanan selain mempunyai masalah kesihatan kronik,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat dan suspek turut dibawa ke hospital sama untuk rawatan.

Difahamkan, suspek akan direman esok bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.